Adidas Vespa PK Lo
Salam.
Alhamdulillah. Setelah hampir DUA TAHUN SETENGAH tercapai juga “impian” aku nak beli sepasang kasut baru. Kasut lama tapak dah haus (Alasan. Padahal nak beli kasut baru). Tuh la yang mula gatal nak beli kasut baru, heh. Lagipun sudah dua tahun raya juga aku takde kasut raya. Ni memang dah tak kira raya lambat lagi ke, kasut da lama sangat ke, ngidam kasut baru ke hehehe. Niat di hati memang nak sangat kasut ni. Korang nak tahu aku beli kasut apa?
Kasut Jenama Adidas Vespa Model PK Lo. Yup, kasut limited edition dari Adidas yang bergabung dengan jenama motor yang rare iaitu Vespa (Ala, motor vespa yang dalam filem-filem P.Ramlee. Korang mesti ada perasan punya la motor vespa ni heh). Dan jenama Adidas aku pasti tak perlu kenalkan pada korang la sebab brand Adidas ni memang confirm korang tahu punya la
(more…)
Yuna – Coffee
Salam.
Yuna @ Yunakis Zarai. Korang kenal dia tak? heh
Coffee. Karya terbaru dari Yuna. Track lagu Coffee ni berada di dalam EP Yuna berjudul Decorate yang dijual @ direlease di Los Angeles (wow!). Yang menariknya lagu Coffee belum diputarkan di corong radio-radio Malaya. Bertuah la peminat Yuna di Los Angeles kat sana dapat layan lagu ni. Aku sharekan kat korang karya Yuna lagu Coffee. Credit kat Yuna juga sharekan link untuk download lagu Coffee di web rasmi beliau. So far ini karya terbaru Yuna yang terbaik
(more…)
Kord Gitar : Pesawat – Hitam
Intro
G A5 B5
B5 A5 G X4
G B
Sanggupkah kau?
G D A B
Mengadaikan maruah untk terbang tinggi
G B
Melayang keawan
G D A B
Di khayalan mu tetap masih bersendiri
G B
Ooh Ooh Ooh Oh
G B
Ooh Ooh Ooh Oh
G B
Sanggupkah kau?
G D A B
Mencontengkan arang ke muka mu sendiri
G B
Legap dan hitam
G D A B
Bertopengkan syaitan kau cuba sembunyi
B A B A
Jangan kaburi
D C# D C#
Dengan kata-kata
B A B A
Jangan berselindung
F# A F# A
Dengan rupa baikmu
B A B A
Jangan cemari
D C# D C#
Dengan warna hitam
B A B A
Jangan berselindung
F# A F# A
Dengan rupa baikmu
G B
Sanggupkah kau?
G D A B
Mengatakan segalanya sudah berakhir
G B
Di hujung dunia
G D A B
Terduduk termanggu kau menyalahkan takdir
Outro
B B B B
B C# D E F# G A C# B D
G A5 B5
B5 A5 G X2 (more…)
Movie Review : Ombak Rindu
Filem: Ombak Rindu
Pengarah: Osman Ali
Genre: Drama, Romantis
Pelakon: Aaron Aziz (Hariz), Maya Karin (Izzah), Lisa Surihani (Mila Amylia), Bront Palarae(Mail), Julia Ziegler (Wafiah), Azizan Mahzan (Datuk Sufiah), Zaidi Omar (Pak Dollah), Normah Damanhuri (Mak Jah)
Salam semua
Aku baru jer lepas menangis menonton filem Ombak Rindu huhu. Heh, aku bukanlah antara pemilik novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Tapi bila aku saja try booking online sampai sistem onlinenya jadi ralat hingga menyebabkan tayangan pada satu hari tuh sold out, terus aku “berminat” untuk menonton filem Ombak Rindu
Dan setelah mencuba beberapa kali akhirnya berjaya juga aku nak booking secara atas talian @ online, yeay!~
Tanpa melengahkan masa, keesokkan hari aku terus ke panggung wayang untuk mengambil tiket filem Ombak Rindu. Kononnya takut ramai orang beratur ke kaunter panggung wayang. Lastly aku tak perlu bertatur pun sebab aku datang awal sangat ke panggung wayang huhu.
Baiklah. Filem Ombak Rindu mengisahkan Izzah, seorang gadis melayu di kampung yang mengambil upah mengajar ngaji dan juga mengambil upah sebagai pelayan digerai kampungnya bagi menyara kehidupannya serta pakcik dan makciknya. Izzah seorang anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya meniggal dunia ketika mencari rezeki dilautan. Pakcik Izzah sangat jahat wataknya. Lelaki tua itu pernah cuba untuk merogol Izzah satu ketika. Mujur makciknya menyelamatkan Izzah dari dirogol.
Satu hari, pulangnya Izzah dari mengajar ngaji. (more…)
Wordless Wednesday – Apple Macbook Pro
Syukur, Alhamdulillah. Hajat untuk memiliki Apple MacBook Pro tercapai juga, amin. =)







