Movie Review : Lightbulb
Filem: Lightbulb
Pengarah / Produser: Nik Amir Mustapha / Rewan Ishak
Genre: Detective / Cop
Pelakon: Redza Minhat (Redza Minhat), Tuan Faisal (Adi Aziz), Aidil Rusli @ Aidil Couple (Aidil), Azhar Adlan (si pembunuh kot?)
Salam semua.
Itu hari aku kongsikan @ sharekan pasal KIL The Movie kan? Dan kali ini aku nak sharekan pasal satu lagi filem tapi kali ini mengenai short film @ filem pendek yang berjudul Lightbulb.
Apa yang menarik tentang Lightbulb ni?
Okay, Kil The Movie dan Lightbulb ni dibawah production yang sama iaitu Flux Visual Lab dan Redeoscape. Dan ia diarahkan oleh Rewan Ishak seorang director filem bebas a.k.a independent @ indie movie. Jadi kalo korang tengok trailer Kil The Movie dan short film Lightbulb ni “trademark” hasil seni filem tersebut lebih kurang sama saja dan UNIK
Lightbulb ini menceritakan seorang detektif iaitu Redza Minhat yang diberi anugerah @ berkebolehan untuk berhubung dengan roh @ simati. Dan Redza Minhat perlu selesaikan satu kes dengan menggunakan kebolehan “Lightbulb” nya untuk berhubung seorang lelaki iaitu Adi Aziz yang tidak tahu bahawa beliau telah mati dibunuh. Dan Redza Minhat perlu soal siasat terhadap roh Adi Aziz untuk memberitahu dimana lokasi mayatnya ditanam @ dibunuh. Dan yang menariknya roh Adi Aziz ini terlupa namanya sendiri! Jagi bagaimana Redza Minhat nak selesaikan kes ini? Dapatkah Redza Minhat membantu Adi Aziz untuk memulihkan ingatnya? So, korang memang kena tonton short film Lightbulb nih
Korang nak tonton @ tengok sepenuhnya Lightbulb?
Boleh saja. Yup, tak perlu ke panggung wayang. Aku dah sharekan kat sini untuk korang semua. Jom kita tengok (more…)
Album Review : Aizat Urusan Aizat Amdan
Salam.
Okay. Ini album kedua Aizat yang diberi judul Urusan Aizat Amdan. Korang pernah dengar lagu “Susun Silang Kata” dan Sungai Lui tak? Dan single terbaru Aizat Mana Oh Mana? Confirm pernah dengar punya la kalau rajin dengar radio, heh.
Aku bukanlah peminat Aizat sebenarnya. Dan aku pun tak pernah follow beliau sejak dari akedemi fantasia sehinggalah beliau pernah release album sulung Aizat – Percubaan Pertama. Cuma setelah aku dapatkan album kedua Aizat ini dan mendengar karya beliau dengan teliti, sememangya karya yang ASLI @ ORIGINAL dan UNIK! Dan terus aku katakan “INILAH AIZAT YANG SEBENARNYA!”
Baiklah, ini review aku untuk album (more…)
Nuffnang Buffered Earnings 3
Salam.
Syukur Alhamdulillah. Hajat & doa aku untuk agar dapat lebih dari TIGA Buffered Earnings termakbul juga
Walaupun tambah SATU sahaja campaign terbaru iaitu Toyota Corolla Altis, namun bila dah tambah TIGA campaign maka menjadikannya EMPAT Buffered Earnings bagi bulan November ini, hiks
Nak jadikan cerita, aku boleh “mimpi” Buffered Earnings aku bertambah dalam akaun Nuffnang aku. Sedar jer dari mimpi a.k.a tidur, terus aku check dan tak sangka memang (more…)
Julie Goes Overseas – Pedih
Korang kenal band Julie Goes Overseas? Band ini antara band tersohor juga dalam area music independent @ indie di Malaysia. Dorang pernah menghasilkan karya EP yang berjudul Oh Bulan pada tahun 2008 dan lagu Si Dia (nanti aku sharekan kord gitar lagu Si Dia k) pernah popular dan berkumandang di stesen radio-radio malaya @ tempatan.
Kini Julie Goes Overseas baru sahaja releasekan single terbaru mereka yang berjudul Pedih. Serius beb, korang kena dengar lagu dan karya Julie Goes Overseas – Pedih! First time aku dengar karya lagu (more…)
Movie Review : Real Steel
Filem: Real Steel
Pengarah: Shawn Levy
Genre: Action-Drama
Pelakon: Hugh Jackman (Charlie Kenton), Dakota Goyo (Max Kenton), Evangeline Lilly (Bailey Tallet), Anthony Mackie (Finn), Kevin Durand (Ricky), Hope Davis (Aunt Debra), James Rebhorn (Marvin), Marco Ruggeri (Cliff), Karl Yune (Tak Mashido), Olga Fonda (Farra Lemkova)
Salam.
Lama tak tengok wayang ni sebenarnya. Dan filem pilihan aku tonton iaitu Real Steel pun telah “lama” juga ditayangkan. Sampai CD pirate a.k.a cetak rompak yang “di record di panggung wayang” pun sudah berada dipasaran heh
Okay filem Reel Steel mengisahkan pada masa depan @ future, perlawanan boxing @tinju tidak lagi disertai oleh manusia. Kerana pada waktu itu manusia perlu hiburan yang lebih “extreme“. Maka sukan boxing telah diupgrade dimana penyertaan perlawanan disertai oleh robot lawan robot yang dikawal oleh manusia.
Charlie Kenton menyara hidupnya sendiri sebagai seorang “peninju robot”. Dia menyara hidupnya dengan mengadakan pertunjukkan bersama robotnya “Ambush”. Satu hari Charlie Kenton menyahut cabaran perlawanan antara robotnya Ambush dan seekor Kerbau Gila. Perlawanan itu sebenarnya antara pertaruhan Charlie Kenton dan Ricky. Perlawanan tersebut tidak menyebelahi Ambush dan kemenangan berpihak kepada Ricky dan Kerbau Gilanya, haha. Disebabkan kekalahan perlawanan itu, Charlie Kenton telah melarikan diri dari Ricky dan secara automatic Charlie Kenton telah berhutang wang pertaruhan Ricky.
Dengan semakin banyak hutang yang dipikul oleh Charlie Kenton dan keadaan semakin kusut untuk dirinya, beliau telah menerima berita bekas isterinya telah meninggal dunia. Dan lebih mengejutkan lagi mendiang isterinya telah meninggalkan seorang waris @ anaknya iaitu Max Kenton. Disebabkan semuanya berlaku dalam sekelip mata, Charlie Kenton tidak mahu menjaga anaknya dan ingin melepaskan hak penjagaan Max Kenton kepada bekas kakak iparnya, Debra. Dan disebabkan terdesak nak pakai duit untuk membayar hutang, Charlie Kenton telah “menjual” anaknya Max Kenton kepada Marvin (suami kepada Debra). Urusan “jual beli” Max Kenton oleh Charlie Kenton dan Marvin disebabkan Marvin ingin bercuti bersama Debra tanpa diganggu oleh Max Kenton. Dan sebagai syarat perjanjian itu, Charlie Kenton akan menjaga Max Kenton sehingga Marvin dan Debra pulang dari bercuti. Agak “unik” juga perjanjian itu kerana ianya telah diketahui (kantoi) oleh Max Kenton sendiri. Max Kenton tidak menyangka ayah kandungnya akan menjual anaknya sendiri hanya disebabkan duit semata-mata!
Hasil penjualan dan perjanjian itu, (more…)





