Salam. Album yang akan direview di blog http://t.co/h0zmMDR bulan ini adalah album Between The Lines Karya @liyanafizi :) 5 hrs ago

Wordless Wednesday – Samsung Galaxy Ace Drop Test

Date: 11th / January / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: mobile devices, wordless wednesday

Sob… Sob… Tak sengaja “ter”drop test Samsung Galaxy Ace aku. Baru jer lepas upgrade kepada cynogenmod. Cubaan….

dari wad hospital

Date: 9th / January / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs

Salam Hormat Kawan-Kawan Semua. Maaf tiada gambar untuk entri kali ini. Fuh~

Aku baru sahaja selesai “check out” pulang dari hospital (tu yang lama tak update entri). Maaf bukan aku yang kurang sehat. Tapi Isteri @ Wife aku. Saat cemas juga untuk bulan ini. Betul & Serius. SANGAT CEMAS!

Sebenarnya dekat seminggu juga Isteri aku tak sihat. KEDEGILAN aku juga hampir menjadi PUNCA sebab ingin pergi mendapat rawatan pada hujung minggu (time aku cuti). Namun atas nasihat dan pandangan Isteri, aku bersetuju untuk pergi klinik pada hari bekerja…

Tak sangka bila ke klinik setelah dirawat oleh jururawat dan di checkup oleh oleh doktor, Isteri aku perlu diberi rawatan lanjut dihospital. Agak terkejut juga Isteri aku perlu dihantar dengan menggunakan perkhidmatan Ambulance. PENGALAMAN PERTAMA aku follow @ tonjol belakang ambulans heh :P

Rasa tak percaya juga sebenarnya (more…)

2012, Bersediakah Kita?

Date: 1st / January / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs

Salam Sejahtera.

Hidup baru di “tahun baru” (kononnya) telah bermula bukan? Jadi bagaimanakah persediaan kita untuk “tahun baru” ini? Oh ya, atau persoalam yang sepatutnya dipersoalkan adalah: “Adakah azam baru kita telah DIcapai (bukan TERcapai ya!)?

BAGI AKU ialah BUKAN AZAM (ptuihhh!~)

KENAPA?
Aku lebih SELESA menggelarkannya PERANCANGAN daripada AZAM. Jalan silap mentafsir ya, ini hanyalah sekadar PANDANGAN mahupun PENDAPAT dari aku SAHAJA. Serius, aku lebih selesa merancang. Bagi aku untuk pengalaman sebelum ini melihat orang-orang disekeliling, agak sukar menjadikan AZAM mereka suatu KENYATAAN. Ya Benar! Dan agak “jelik” bila mengkhabarkan pada orang-orang disekeliling  tentang: “Korang nak tahu azam tahun baru aku?“. Damn! Kemudian menjadikan azam tahun baru sebagai suatu yang dibanggakan. Padahal: “Malas aku nak fikir azam tahun lepas sebab tak tercapai pun azam aku“. What da hell?! Baik tak perlu (more…)

Video: Diandra Arjunaidi – Angkasa

Date: 27th / December / 2011 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: video

Diandra – Angkasa Official Music Video from Luey Motion Lab on Vimeo.

Music Video: Angkasa
Artis: Diandra Arjunaidi
Directed & Edited: Luey Motion Lab

Salam korang semua :D

Hari ini aku sharekan muzik video baru dan artis baru iaitu Diandra Arjunaidi dengan karyanya @ single berjudul Angkasa. Lagu Angkasa sangat-sangat kerap dimainkan di corong-corong Radio Malaya dan telah mendapat respons yang baik dikalangan peminat indie tanahair.

Bila tonton video muzik Diandra Arjunaidi  lagu Angkasa, susunan dan jalan cerita videonya agak relax dan santai. Ianya simple tapi sangat sesuai @ kena pada tempat pembikinan video muzik Diandra Arjunaidi lagu Angkasa. Sebab masa first time aku buka video muzik (more…)

Album Review : Monoloque – Hikayat Halimunan Abad Ke-21: Jejak Tanah

Date: 22nd / December / 2011 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: album review

Salam Sejahtera Semua.

Aku baru saja selesai membeli @ dapatkan album Sulung Monoloque. Judulnya Hikayat Halimunan Abad Ke21: Jejak Tanah. Ini merupakan album sulung @ pertama dari Monoloque. Serius beb. Sangat tak sangka dan gembira Monoloque dapat keluarkan album pertama @ sulung mereka.

Bila dah dapat beli album Monoloque – Hikayat Halimunan Abad Ke-21: Jejak Tanah, terus saja aku melayan lagu-lagu Monoloque. Track pertama Kupu-kupu Malam (bunyikan semboyan) sebagai intro yang sangat santai tapi dengan lirik yang puitis menjadikan lagu ini boleh diterima untuk semua lapisan masyarakat. Sebabnya korang boleh “menari tradisional” dengan lagu ini walaupun ianya merupakan lagu yang rancak!

Track kedua lagu @ single yang berjudul Kekanda Adinda feat. Atilia. Hmm.. perlu ke aku terangkan tentang karya lagu ini? Korang dah maklum kan lagu Kekanda Adinda ni…. Heh ;) Dan ada 6 track karya lagu dalam album Monoloque – Hikayat Halimunan Abad Ke-21: Jejak Tanah yang sangat hebat lagunya. Bila mendengar kesemua karya lagu Monoloque ini, aku dapat fahami kenapa album ini diselitkan judul “Jejak Tanah“. Kerana ianya adalah satu (more…)

Page 2 of 2412345...1020...Last »