songs | Hafidz Life
Seyra – To the Playground
Band: Seyra
Songs: To the Playground
Lyrics and vocals: Sarah Ismail
Produced: Khidir Osman
Recorded: Studio One
Salam Semua.
Agak lama juga aku tak sharekan lagu-lagu favourite aku di sini. So ada masa free ni, aku kongsikan pada korang semua
Seyra.
Ya, ini adalah band yang dikenali Seyra. Bukan “artis solo wanita” ya. Band ini berasal dari Singapura.
Korang pasti belum pernah dengar Seyra bukan?
Band Seyra ini telah memperkenalkan karyanya di negara asal mereka di Singapura pada tahun 2010. Seyra juga menjadi guest band dalam persembahan Yuna di Singapura. Dan untuk korang yang baru hendak mengenali Seyra, inilah masanya melayan lagu yang berjudul To the Playground. Kalau nak feel dan melayan lagu yang berkonsepkan santai, lagu To the Playground boleh dijadikan rujukan.
Seperti biasa lah, aku memang suka layan dan promote lagu-lagu dari band mahupun artis independent (indie). Lagipun dari zaman sekolah (more…)
Liyana Fizi – Jatuh
Salam.
Masih lagi MOOD layan karya lagu-lagu Liyana Fizi dalam album Between The Lines heh
Kali ini aku nak share pada korang lagu Jatuh. Lagu Jatuh ini kalau tak silap aku antara salah satu lagu dalam Soundtrack Filem Azura 2012.
Apapun Jatuh antara lagu favourite aku didalam karya Liyana Fizi album Between The Lines. So bagi yang nak mengenali tentang karya Liyana Fizi lagu ini boleh dijadikan permulaan korang untuk kenal Liyana Fizi. Layan~
Yuna – Coffee
Salam.
Yuna @ Yunakis Zarai. Korang kenal dia tak? heh
Coffee. Karya terbaru dari Yuna. Track lagu Coffee ni berada di dalam EP Yuna berjudul Decorate yang dijual @ direlease di Los Angeles (wow!). Yang menariknya lagu Coffee belum diputarkan di corong radio-radio Malaya. Bertuah la peminat Yuna di Los Angeles kat sana dapat layan lagu ni. Aku sharekan kat korang karya Yuna lagu Coffee. Credit kat Yuna juga sharekan link untuk download lagu Coffee di web rasmi beliau. So far ini karya terbaru Yuna yang terbaik
(more…)
Julie Goes Overseas – Pedih
Korang kenal band Julie Goes Overseas? Band ini antara band tersohor juga dalam area music independent @ indie di Malaysia. Dorang pernah menghasilkan karya EP yang berjudul Oh Bulan pada tahun 2008 dan lagu Si Dia (nanti aku sharekan kord gitar lagu Si Dia k) pernah popular dan berkumandang di stesen radio-radio malaya @ tempatan.
Kini Julie Goes Overseas baru sahaja releasekan single terbaru mereka yang berjudul Pedih. Serius beb, korang kena dengar lagu dan karya Julie Goes Overseas – Pedih! First time aku dengar karya lagu (more…)
They Will Kill Us All – Sepanjang Riwayatku
Sepanjang riwayatku, Tak pernah kini riang, Hati yang gelap dulu, Kini bercahaya
Nur subuh telah menghilang, Tak perlu ku bimbang, Itulah akibat sabar, Yang buruk kan bertukar
Ku pohon pada Mu tuhan, Cinta ku berkekalan
Dahulu ku menangis, Mengenang nasib badan, Walaupun ku berteman, Tak siapa yang riang
Oh hati ku telah hancur, Tak dapat berhibur, Ku tempuh segala dugaan, Ketawa kemudian
Kekasih menyelamatkan, Daripada kehancuran (more…)



