Movie Review : Cun!
Filem: Cun!
Pengarah: Osman Ali
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Maya Karin (Luna Latisha), Remy Ishak (Atan), Ning Baizura (Candy), Faezah Elai (Tom), Nadya Nisaa (Manis), Kartina Aziz (Tok Chah), Erzan Shah Wira (Putat), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Chubby (Eton Gebu), Jehan Miskin (Ryan Hidayat@Drakula), Marsha Milan Londoh (Siti Senjakala) & tak lupa juga watak-watak Geng Meletops!
Salam.
Ok aku baru jer tengok filem Cun! Oh ya, mungkin filem ini dah lama dipertontokan di panggung-panggung wayang malaya. Tapi aku baru ada masa untuk menonton filem Cun! Tanpa melengahkan masa, inilah review aku untuk filem Cun!
Luna Latisha merupakan seorang celebrity @ artis wanita popular yang menjadi pengacara dalam rancangan “Meletops“. Rancangan “Meletops” adalah satu rancangan “suka jaga tepi kain artis @ korek kehidupan seorang celebrity“ yang di handle oleh Candy. Luna Latisha ni sebenarnya adalah mangsa Candy kerana suka sangat cari berita panas @ sensasi.
Nak dijadikan cerita, satu hari Luna Latisha nak buat surprise birthday di rumah tunangnya, Ryan Hidayat@Drakula. Time tuh pulak si Ryan Hidayat@Drakula & Siti Senjakala sedang “berkhalwat” bersama. Kebetulan pula Luna Latisha ni datang bersama Candy dan geng-geng Meletops. Apa lagi, maka kantoilah si Ryan Hidayat@Drakula kerana curang terhadap tunangnya. Kat situ jugak si Luna Latisha putuskan pertunangan mereka (ketika itu berlaku adengan baling cincin kepada Ryan Hidayat@Drakula heh
).
Oleh kerana terlalu frust, tension dan merasakan ianya adalah “karma” baginya kerana suka sangat cari berita panas @ sensasi, Luna Latisha mengajak si Tom @ PA (Personal Assistant) pulang ke kampung halaman si Tom di Kedah untuk menenangkan fikiranya & lupakan atas segala apa yang berlaku.
Setibanya di Kampung Tom, tetiba kereta “Nissan Fair Lady” Luna Latisha tersangkut & rosak pula di tepi kawasan sawah padi. Dah sampai kat kampung Tom waktu malam, ada sikit la babak “seram sekejap” kat tepi sawah padi tuh haha. Tak memasal Luna Latisha & Tom bermalam @ tidur di kereta “Nissan Fair Lady”. Hinggalah esok pagi mereka berdua terserempak dengan kawan si Tom, Atan & adiknya Manis. Di kampung Tom juga, Luna Latisha telah berkenalan dengan orang-orang kampung Tom antaranya Bedah Tonggek dan Eton Gebu.
Atan seorang yang baik “akhlaknya” menjaga neneknya Tok Chah, adik-adiknya Manis dan Putat. Sikap si Atan kadangkala cepat naik angin @ marah serta kelemahannya mudah hilang sabar. Pada awal perkenalanan Atan dengan Luna Latisha, si Atan ni tak suka sangat dengan Luna Latisha kerana si Luna ni orang dari Bandar. Si Luna Latisha pun pada mulanya tak suka dengan si Atan. Namun setelah beberapa hari Luna Latisha berada di Kampung Tom, Luna Latisha mula “rapat” dengan si Atan. Luna Latisha juga merasakan sangat tenang dan selesa berada di sana.
Dalam waktu yang sama di Kuala Lumpur, Candy tengah kusut kerana rancangan Meletops ratingnya semakin menurun. Candy terlalu terdesak sangat mencari berita sensasi. Lalu Candy ingin mencari Luna Latisha dan berjumpa dengan Ryan Hidayat@Drakula untuk plan yang “special” bagi menaikkan rating rancangan Meletops. Hinggalah satu hari Candy akhirnya dapat tahu lokasi Luna Latisha.
Maka bermula aksi kejar-mengejar Candy mencari Luna Latisha dan bermulalah kisah perkenalan dan percintaan antara Luna Latisha & Atan, bila “Hero Kampung Jumpa Awek Glamer“…..
Agak-agak korang, dapat tak Atan tackle Luna Latisha? Dan dapat tak Candy memujuk kembali Luna Latisha?
So korang kena tengok lah filem Cun! Memang boleh layan punya.
Aku bagi TIGA BINTANG SETENGAH dari LIMA BINTANG untuk filem Cun! Bagi aku filem Cun! ini antara filem komedi romatik melayu yang best untuk tahun 2011
Mari layan Trailer Filem Cun! (more…)
Movie Review : Cuti-Cuti Cinta
Filem: Cuti-Cuti Cinta
Pengarah: Ahmad Idham
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Farid Kamil (Omar Rudy), Nora Danish(Eeva Eliana), The Fabalous Cat: Cat Farish (Encik Mahmood), Wangi (Kris Dayana), Zizie (Fausrina), Adeep (Maliq), Zaibo (Tan Sri Zaini), Azizah Mahzan (Puan Sri Salmah), Kazaar Saisi (Pak Adam), Delimawati (Mak Yah) Zed Zaidi (Remy)
Hai korang semua.
Kali ini aku review filem Cuti-Cuti Cinta
Ceritanya bermula Eeva Eliana merupakan seorang pengarah syarikat dan juga anak kepada Tan Sri Zaini yang telah membawa diri setelah dia kecewa kerana tunangnya, Remy yang telah main kayu tiga dengannya.
Sedang Eeva Eliana membawa diri dengan Nissan Fair Lady nya, dia berhenti di tepi resort kawasan Morib. Sedang dia perhatikan kawasan resort tersebut, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menenangkan dirinya di situ.
Tiba di resort si Eeva Eliana ni ingin melepaskan geram @ marahnya, mencari “pasal” dengan manager resort iaitu Encik Mahmood. Eeva Eliana complain biliknya tidak kemas @ tak kena dengan “taste” dia hinggakan Fausrina & Maliq menyampah dengan perangai Eeva Eliana ni.
Kalo korang nak tau watak @ perangai Eeva Eliana ni memang cerewet & suka membebel. Bagi dia orang bandar tidak setaraf dengan orang kampung (sikap sesetengah orang bandar zaman sekarang, shit!) (more…)
Movie Review : The Other Guys
Filem : The Other Guys
Pengarah: Adam McKay
Pelakon: Will Ferrell (Detective Allen Gamble), Mark Wahlberg (Detective Terry Hoitz), Eva Mendes (Dr. Sheila Ramos Gamble), Dwayne Johnson (Detective Christopher Danson), Samuel L. Jackson (Detective PK Highsmith), Michael Keaton (Captain Gene Mauch), Steve Coogan (Sir David Ershon), Ray Stevenson (Roger Wesley), Rob Riggle (Detective Evan Martin), Damon Wayans, Jr. (Detective Fosse), Michael Delaney (Bob Littleford), Zach Woods (Douglas), Lindsay Sloane (Francine), Rob Huebel (Officer Watts), Bobby Cannavale (Jimmy), Andy Buckley (Don Beaman), Adam McKay (Dirty Mike), Oliver Wood (Captain Salty), Brooke Shields (Herself (Cameo)), Rosie Perez (Herself (Cameo)), Derek Jeter (Himself (Cameo) and Bum in Nathan’s)
Salam semua.
Apa khabar ya?
Sihat?
Kali ini aku nak review filem yang aku tonton pada hari “movie day” @ tiket RM6.00 (jer huhu). Filem yang aku maksudkan bertajuk The Other Guys.
Ok ceritanya bermula di bandar New York City, Detective PK Highsmith & Detective Christopher Danson adalah polis @ hero di bandar tersebut. Mereka ni kira selalu sangat selamatkan dan cegah jenayah. Dan mereka berdua ni juga mengakibatkan bandar New York City kerugian besar & kerosakan teruk. Walaupun si Detective berdua ni memang “teruk” namun mereka berdua ni direspek, dihormati dan dijadikan idola oleh anggota-anggota polis dalam unit mereka.
Dalam pada masa yang sama, Detective Allen Gamble yang bertugas sebagai forensic accountant. Beliau suka bekerja dipejabat dengan membuat kertas kerja sahaja. Beliau tidak sukakan bekerja diluar. Dan Detective Terry Hoitz yang digantung “bertugas diluar” kerana tertembak Derek Jeter (merupakan pemain baseball yang terkenal) “terpaksa” berpasangan bersama @ bertugas dengan si Detective Allen Gamble. Ya, mereka berdua inilah yang sebenarnya “The Other Guys”.
Pada satu hari Detective PK Highsmith & Detective Christopher Danson telah terkorban dalam membanteras penjenayah yang professional. Maka Detective Terry Hoitz merasakan inilah masanya untuk menebus kembali kesilapan sebelum ini. Lalu beliau mengajak si Detective Allen Gamble untuk melakukan tugas luar dan beraksi sebagai “polis yang sebenar”! (more…)
Movie Review : Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Filem: Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Pengarah: Ahmad Idham
Penerbit: MIG Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Cat Farish (Asmat), Mazlan Pet Pet (Punai), Lisa Surihani (Mustika), Azlee Senario (Pak Mor), Nora Danish (Seha), Bob KU2 (Wak Ketari), Ruminah Sidek (Bomoh Jawa), Ebby Yus (Bomoh 1)
Salam. Aku baru sahaja selesai menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 bersama Isteriku & sepupu aku. Kebetulan aku layan filem ni pada tayangan “midnight“, saja layan waktu tengah malam huhu.
Okay, kalau korang nak tonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2, korang patut menonton dahulu filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang pertama. Sebab permulaan filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ni terus dimulakan dengan sambungan babak dari filem yang pertama.
Ianya bermula Pak Mor “kononnya” cedera selepas membantu Punai, Asmat dan Johan menghalau @ menewaskan Mustika. Rupa-rupanya beliau hanya berlakon sahaja. Pak Mor dan Mustika mempunyai hubungan dan hajat @ niat mereka hanya ingin mewarisi saka & harta arwah Pak Sudir (datuk kepada Punai, Asmat dan Johan) supaya mereka berdua kekal muda selamanya.
Berbalik pada Punai, Asmat dan Johan. Dorang bertiga menyangka dorang dah pulih dari mewarisi saka arwah datuk mereka. Jadi Johan membuat keputusan untuk sambung belajar di luar negara. Maka tinggalah Asmat dan Punai berdua. Dorang berdua ni bila tidur malam sahaja selalu didatangi mimpi-mimpi seram! Kebetulan dorang berdua ni berniaga warung dan perniagaan dorang juga selalu “diganggu”. Kira pelbagai kejadian pelik yang berlaku @ menimpa pada dorang berdua ni. Mereka berdua berpendapat mereka terkena “badi hantu”! Sebenarnya kejadian pelik tersebut berpunca @ angkara Pak Mor dan Mustika yang inginkan saka yang diwarisi Asmat & Punai.
Disebabkan Asmat dan Punai ingin membuang badi hantu, maka mereka berdua nih berusaha berjumpa bermacam bomoh-bomoh. Tapi segala usaha beliau “gagal” dan menemui jalan buntu. Hinggalah satu malam arwah datuk mereka, Pak Sudir “muncul” di rumah mereka. Pak Sudir berpesan kepada mereka untuk berjumpa dan berguru ilmu bomoh dengan “Wak Ketari” di kawasan utara semenanjung.
Dan mereka pun pergi berjumpa Wak Ketari dan berguru dengan beliau. Namun pemergian Asmat dan Punai berjumpa dan berguru dengan Wak Ketari telah dapat dikesan oleh Pak Mor dan Mustika. Semasa mereka berdua belajar ilmu bomoh, Asmat & Punai ni memendam perasan “Cinta” kepada anak Wak Ketari, Seha. Kerana mereka berdua ini minat dengan si Seha, Asmat dan Punai sering bergaduh sesama sendiri. Disebabkan masing-masing cemburu dan ingin menawan hati Seha, Pak Mor dan Mustika akhirnya menemui cara untuk menghapuskan Asmat dan Punai. Mereka berdua mengambil peluang dan kesempatan ini.
Dan bermulalah pelbagai babak dan peristiwa sepanjang filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2…. (more…)
Movie Review : Step Up 3D
Filem: Step Up 3D
Pengarah: Jon M. Chu
Pelakon: Rick Malambri (Luke), Adam G. Sevani (Moose), Sharni Vinson (Natalie), Alyson Stoner (Camille), Keith Stallworth (Jacob), Kendra Andrews (Anala), Stephen Boss (Jason), Martín Lombard (The Santiago Twins), Facundo Lombard (The Santiago Twins), Oren Michaeli (Carlos), Joe Slaughter (Julien), Daniel ‘Cloud’ Campos (Kid Darkness)
Hai semua~
Hari ini aku cuti rehat. Saja nak dating dengan Isteri aku
.
Kebetulan rasa lama tak menonton wayang, jadi apa salahnya kan layan movie @ filem, heh.
Kali ini aku pilih untuk tonton movie Step Up 3D.
Filem ni rasanya dah sebulan ditayangkan kat pawagam, tapi okay juga sebab kat dalam panggung wayang tuh tak ramai penonton or lebih senang cerita boleh kira pakai jari la berapa orang kat dalam tuh, huhu. So lagi senang @ aman aku nak tonton movie Step Up 3D
Ok ini review movie Step Up 3D.
Ceritanya bermula Moose dan Camille baru memasuki New York University. Semasa sesi orentasi mereka yang pertama disana, Moose secara tak sengaja ter”battle” dengan salah seorang penari Samurai Dance Crew. Dan secara tak sengaja juga dia telah kalahkan penari tersebut. Disebabkan bengang dengan kekalahan tersebut, kesemua Samurai Dance Crew terus mencari @ memburu si Moose nih. Tapi dia telah diselamatkan oleh “hero” dalam filem Step Up 3D, Luke dan merupakan ketua Pirates Dance Crew.
Dengan pertemuan mereka berdua ini Moose dikenalkan oleh Luke dengan kesemua ahli-ahli Pirates Dance Crew dan tempat mereka berlatih & tempat tinggal mereka semua yang dikenali @ dinamakan “The Vault”. Kemudian pula secara tak sengaja berlaku satu pertemuan diantara hero Step Up 3D, si Luke dan heroin Step Up 3D, Natalie kat dalam The Vault. Kebetulan Natalie pula pandai menari dan Luke pun telah mengajak Natalie join Pirates Dance Crew.
Tujuan sebenar Luke mengajak Moose dan Natalie join crew dia kerana tempatnya, The Vault akan dilelong oleh bank kerana Luke sudah 5 bulan tak membayar sewa. Untuk setelkan hutang sewa dan memastikan The Vault tidak dijual pada tangan orang lain, Luke telah mengajak kesemua Pirates Dance Crew menyertai pertandigan World Jam Dance dimana pertandingan tersebut menyediakan hadiah $100,000 USD! Dengan memenangi wang tersebut beliau dapat selesaikan masalah hutangnya dengan bank.
Dalam pada masa yang sama, Luke ini hobinya suka merekod video-video & sering menemubual setiap ahli Pirates Crew. Rupanya Luke ini berbakat dengan pembikinan filem. Natalie mula perasan bakat movie director yang ada pada Luke dan menasihati beliau agar study tentang film maker… Tapi Luke enggan, alasannya ianya sekadar suka-suka dan dia perlu fokus masalah yang melanda pada The Vault. Kebetulan pula tanpa pengetahuan Luke, sebenarnya Natalie ni adalah spy kepada abang beliau Julien. Dan si Julien ni pula adalah ketua kepada Samurai Dance Crew. Kedua-dua crew ini sebenarnya adalah musuh ketat @ musuh tradisi! (more…)







