Movie Review : Bujang Terlajak
Filem: Bujak Terlajak, Belum Terlanjur…
Pengarah: Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Genre: Komedi
Pelakon: Saiful Apek (Saiful), Nabil Ahmad (Nabil), Johan Raja Lawak (Johan), Fazura (Puteri), Mustapha Kamal (Haji Hashim), Susan Menon (Ibu Puteri), Ebby Yus (Ayah Nabil), Shaheed Salim (Jibab), A. Shukor Mohaideen, Bkay Nair, Tauke Raja Lawak, Farahin Roslan, Arizan Anuar, Nadia Najwa, Azlee Khairi
Salam & Halo.
Okay untuk movie review permulaan tahun 2012 aku telah pergi ke panggung wayang menonton filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur. Ini filem bergenrekan komedi. Yup filem yang akan membuatkan penonton gelak ketawa (sampai pecah perut?!). Okay juga sekali sekala layan filem yang menghiburkan hati ni.
Permulaan filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Saiful, Nabil, Johan yang bekerjaya sebagai Ahli Silap Mata Berkumpulan merangkap Badut a.k.a Clown separuh masa (kot) dalam pengambaran tentang pengiklanan. Mereka bertiga berstatuskan BUJANG TERLAJAK kerana disebabkan umur mereka “terlebih lanjut” sebagai menjadi seorang bujang.
Satu hari sedang tiga orang sahabat ni tengah shooting iklan, mereka bertiga terpesona dengan kehadiran seorang wanita @ awek dan juga model yang ayu lagi lawa dalam set pengambaraan. Kebetulan model wanita tersebut shooting sama dengan diorang bertiga. Model Wanita itu namanya Puteri. Nak jadikan cerita Saiful, Nabil, Johan mula terpaut hati dan ingin bercinta dengan Puteri. Dan kebetulan pula Nabil terlalu terdesak mencari seorang bakal isteri kerana telah “disound” oleh ayahnya.
Untuk mengurat @ mengenali Puteri, mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) telah buat siasatan/survey secara senyap tanpa disedari oleh Puteri sendiri. Cara mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) skodeng @ survey Puteri, adakalanya boleh sama dan ada kala cara yang berbeza. Ada satu babak kelakar dimana Saiful, Nabil, Johan) telah menyamar menjadi Pondan @ Wanita Jadian untuk mengenali Puteri.
Setelah mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) berjaya buat “kajian” terhadap latar belakang Puteri, dorang dapat tahu yang Puteri ingin mencari calon suami seperti Orang Kurang Upaya (OKU). Ianya disebabkan ayahnya, Haji Hashim seorang buta dan ibunya sanggup bersusah payah menjaga ayahnya yang buta namun kehidupan family Puteri sangat bahagia. Dan Puteri juga mempunyai seorang adik angkat (Jibab) yang juga seorang kanak-kanak istimewa.
Setelah mengetahui ciri-ciri calon suami pilihan Puteri maka Saiful telah memilih untuk menyamar menjadi orang BUTA. Nabil pula menyamar orang PEKAK. Johan pula menyamar menjadi orang BISU. Maka bermulah aksi-aksi Saiful, Nabil, Johan, dengan dengki mendengki dan cuba mendapat tittle BMW a.k.a Best Men Winning untuk memenangi hati @ tackle Puteri.
Berjayakah Saiful, Nabil, Johan menjadi orang buta, pekak dan bisu? Siapa yang dapat tackle Puteri? Dan siapa Puteri pilih menjadi calon Suaminya? So kena tonton ya filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur…
Aku sharekan trailer filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur… (more…)
Movie Review : Ombak Rindu
Filem: Ombak Rindu
Pengarah: Osman Ali
Genre: Drama, Romantis
Pelakon: Aaron Aziz (Hariz), Maya Karin (Izzah), Lisa Surihani (Mila Amylia), Bront Palarae(Mail), Julia Ziegler (Wafiah), Azizan Mahzan (Datuk Sufiah), Zaidi Omar (Pak Dollah), Normah Damanhuri (Mak Jah)
Salam semua
Aku baru jer lepas menangis menonton filem Ombak Rindu huhu. Heh, aku bukanlah antara pemilik novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Tapi bila aku saja try booking online sampai sistem onlinenya jadi ralat hingga menyebabkan tayangan pada satu hari tuh sold out, terus aku “berminat” untuk menonton filem Ombak Rindu
Dan setelah mencuba beberapa kali akhirnya berjaya juga aku nak booking secara atas talian @ online, yeay!~
Tanpa melengahkan masa, keesokkan hari aku terus ke panggung wayang untuk mengambil tiket filem Ombak Rindu. Kononnya takut ramai orang beratur ke kaunter panggung wayang. Lastly aku tak perlu bertatur pun sebab aku datang awal sangat ke panggung wayang huhu.
Baiklah. Filem Ombak Rindu mengisahkan Izzah, seorang gadis melayu di kampung yang mengambil upah mengajar ngaji dan juga mengambil upah sebagai pelayan digerai kampungnya bagi menyara kehidupannya serta pakcik dan makciknya. Izzah seorang anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya meniggal dunia ketika mencari rezeki dilautan. Pakcik Izzah sangat jahat wataknya. Lelaki tua itu pernah cuba untuk merogol Izzah satu ketika. Mujur makciknya menyelamatkan Izzah dari dirogol.
Satu hari, pulangnya Izzah dari mengajar ngaji. (more…)
Movie Review : Lightbulb
Filem: Lightbulb
Pengarah / Produser: Nik Amir Mustapha / Rewan Ishak
Genre: Detective / Cop
Pelakon: Redza Minhat (Redza Minhat), Tuan Faisal (Adi Aziz), Aidil Rusli @ Aidil Couple (Aidil), Azhar Adlan (si pembunuh kot?)
Salam semua.
Itu hari aku kongsikan @ sharekan pasal KIL The Movie kan? Dan kali ini aku nak sharekan pasal satu lagi filem tapi kali ini mengenai short film @ filem pendek yang berjudul Lightbulb.
Apa yang menarik tentang Lightbulb ni?
Okay, Kil The Movie dan Lightbulb ni dibawah production yang sama iaitu Flux Visual Lab dan Redeoscape. Dan ia diarahkan oleh Rewan Ishak seorang director filem bebas a.k.a independent @ indie movie. Jadi kalo korang tengok trailer Kil The Movie dan short film Lightbulb ni “trademark” hasil seni filem tersebut lebih kurang sama saja dan UNIK
Lightbulb ini menceritakan seorang detektif iaitu Redza Minhat yang diberi anugerah @ berkebolehan untuk berhubung dengan roh @ simati. Dan Redza Minhat perlu selesaikan satu kes dengan menggunakan kebolehan “Lightbulb” nya untuk berhubung seorang lelaki iaitu Adi Aziz yang tidak tahu bahawa beliau telah mati dibunuh. Dan Redza Minhat perlu soal siasat terhadap roh Adi Aziz untuk memberitahu dimana lokasi mayatnya ditanam @ dibunuh. Dan yang menariknya roh Adi Aziz ini terlupa namanya sendiri! Jagi bagaimana Redza Minhat nak selesaikan kes ini? Dapatkah Redza Minhat membantu Adi Aziz untuk memulihkan ingatnya? So, korang memang kena tonton short film Lightbulb nih
Korang nak tonton @ tengok sepenuhnya Lightbulb?
Boleh saja. Yup, tak perlu ke panggung wayang. Aku dah sharekan kat sini untuk korang semua. Jom kita tengok (more…)
Movie Review : Real Steel
Filem: Real Steel
Pengarah: Shawn Levy
Genre: Action-Drama
Pelakon: Hugh Jackman (Charlie Kenton), Dakota Goyo (Max Kenton), Evangeline Lilly (Bailey Tallet), Anthony Mackie (Finn), Kevin Durand (Ricky), Hope Davis (Aunt Debra), James Rebhorn (Marvin), Marco Ruggeri (Cliff), Karl Yune (Tak Mashido), Olga Fonda (Farra Lemkova)
Salam.
Lama tak tengok wayang ni sebenarnya. Dan filem pilihan aku tonton iaitu Real Steel pun telah “lama” juga ditayangkan. Sampai CD pirate a.k.a cetak rompak yang “di record di panggung wayang” pun sudah berada dipasaran heh
Okay filem Reel Steel mengisahkan pada masa depan @ future, perlawanan boxing @tinju tidak lagi disertai oleh manusia. Kerana pada waktu itu manusia perlu hiburan yang lebih “extreme“. Maka sukan boxing telah diupgrade dimana penyertaan perlawanan disertai oleh robot lawan robot yang dikawal oleh manusia.
Charlie Kenton menyara hidupnya sendiri sebagai seorang “peninju robot”. Dia menyara hidupnya dengan mengadakan pertunjukkan bersama robotnya “Ambush”. Satu hari Charlie Kenton menyahut cabaran perlawanan antara robotnya Ambush dan seekor Kerbau Gila. Perlawanan itu sebenarnya antara pertaruhan Charlie Kenton dan Ricky. Perlawanan tersebut tidak menyebelahi Ambush dan kemenangan berpihak kepada Ricky dan Kerbau Gilanya, haha. Disebabkan kekalahan perlawanan itu, Charlie Kenton telah melarikan diri dari Ricky dan secara automatic Charlie Kenton telah berhutang wang pertaruhan Ricky.
Dengan semakin banyak hutang yang dipikul oleh Charlie Kenton dan keadaan semakin kusut untuk dirinya, beliau telah menerima berita bekas isterinya telah meninggal dunia. Dan lebih mengejutkan lagi mendiang isterinya telah meninggalkan seorang waris @ anaknya iaitu Max Kenton. Disebabkan semuanya berlaku dalam sekelip mata, Charlie Kenton tidak mahu menjaga anaknya dan ingin melepaskan hak penjagaan Max Kenton kepada bekas kakak iparnya, Debra. Dan disebabkan terdesak nak pakai duit untuk membayar hutang, Charlie Kenton telah “menjual” anaknya Max Kenton kepada Marvin (suami kepada Debra). Urusan “jual beli” Max Kenton oleh Charlie Kenton dan Marvin disebabkan Marvin ingin bercuti bersama Debra tanpa diganggu oleh Max Kenton. Dan sebagai syarat perjanjian itu, Charlie Kenton akan menjaga Max Kenton sehingga Marvin dan Debra pulang dari bercuti. Agak “unik” juga perjanjian itu kerana ianya telah diketahui (kantoi) oleh Max Kenton sendiri. Max Kenton tidak menyangka ayah kandungnya akan menjual anaknya sendiri hanya disebabkan duit semata-mata!
Hasil penjualan dan perjanjian itu, (more…)
Movie : KIL – Official Trailer 1
Ok, kali ni aku nak promo satu filem karya bebas (independent atau lebih dikenali indie). Movie @ Filem ini berjudul KIL. Filem KIL diproduce oleh FLUX VISUAL LAB. Drirector @ pengarah filem KIL oleh Nik Amir Mustapha. Dan pelakon utama filem KIL, Redza Minhat dan Cristina Suzanne Stockstill.
Sesekali layan filem karya bebas pun okay juga. Bakat-bakat mereka semua memang unik. Kenapa? Tak percaya? Ok korang layan dulu trailer 1 dari KIL. Pastu kalau da release dipawagam try la layan. Kasi support ya karya bebas tempatan!
Sedikit info tentang filem KIL:
Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda yang tertekan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. (more…)





