footwear | Hafidz Life
Converse Jack Purcell Leather OX Black
Salam.
Entri kali aku nak tayang kasut yang baru beli heh. Gurau saja
Sebenarnya kasut raya aku untuk tahun ini. Tapi aku baru saja dapat gayakannya (cewah!). Bukannya apa, aku boleh tak perasan aku ada beli kasut baru sebab kasut baru tersimpan rapi dalam kotak (alasan la kononnya). Aku pula dah sedap pakai kasut Adidas Vespa.
Kali ini aku beli kasut Converse model Jack Purcell Leather OX Black. Seriously, ini adalah kali pertama aku memakai kasut jenama Converse. Walaupun time sekolah dulu memang ada musim pakai kasut Converse model Chuck Taylor mahupun model Jack Purcell, aku masih belum berkemampuan lagi ketika itu. Maklumlah (more…)
Adidas Vespa PK Lo
Salam.
Alhamdulillah. Setelah hampir DUA TAHUN SETENGAH tercapai juga “impian” aku nak beli sepasang kasut baru. Kasut lama tapak dah haus (Alasan. Padahal nak beli kasut baru). Tuh la yang mula gatal nak beli kasut baru, heh. Lagipun sudah dua tahun raya juga aku takde kasut raya. Ni memang dah tak kira raya lambat lagi ke, kasut da lama sangat ke, ngidam kasut baru ke hehehe. Niat di hati memang nak sangat kasut ni. Korang nak tahu aku beli kasut apa?
Kasut Jenama Adidas Vespa Model PK Lo. Yup, kasut limited edition dari Adidas yang bergabung dengan jenama motor yang rare iaitu Vespa (Ala, motor vespa yang dalam filem-filem P.Ramlee. Korang mesti ada perasan punya la motor vespa ni heh). Dan jenama Adidas aku pasti tak perlu kenalkan pada korang la sebab brand Adidas ni memang confirm korang tahu punya la 8) (more…)




