broadband | Hafidz Life

P1 Wimax

Date: 1st / April / 2011 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: broadband

Salam Sejahtera Kawan-Kawan! :D

Aku melalui kesukaran untuk update blogs selama 2 minggu kerana “kuasa capaian line” Maxis Broadband ada masalah. Dan sebenarnya line Maxis Broadband di area rumah aku dah tak berapa mengancam sejak beberapa bulan yang lalu. Bosan tahap gaban asyik nak kena tunggu jer bila lampu modem Huawei E1552 kaler biru, puiiii!!!!

Akhirnya aku membuat keputusan melanggan semula P1 Wimax! Kali ini dengan modem 4G yang baru, model DX-230 ;)

Ya, ini kali KEDUA sebenarnya aku pernah langgan P1 Wimax. Dulu aku terminate sebab modem lama “buat hal”. Masa tuh pulak aku tak hardcore sangat pakai internet nih. Selepas sahaja aku mulakan perniagaan a.k.a business, keperluan untuk menggunakan internet semakin hari semakin meningkat. Maklumlah dah jadi businessman, banyak benda lah nak kena buat huhu :P

Bagaimana aku langgan P1 Wimax kali KEDUA?
Senang saja. Tanpa melenggahkan masa (tak sabo, heh), aku terus drive ke salah satu reseller P1 Wimax. Sampai jer kat tempat reseller (kedai), tanpa membuang masa aku terus register dan bayar Upfront Payment sebanyak RM100.00 SAHAJA untuk pakej Home Plus. Setiap bulan bayar RM99.00 SAHAJA. Tapi tengah mode “promosi”, bil untuk bulan KEDUA & KETIGA hanya dicaj separuh harga sebanyak RM49.00 SAHAJA. Kira ok lah. Promoter P1 Wimax kat situ sampai pelik agaknya sebab dia tak sempat nak cerita kat aku apa itu Wimax, plan, speed, quota, bandwidth sebab aku dah tau dulu, haha.

Okay, setel saja register P1 Wimax, promoter tu pun bagi aku modem DX-230. Siap ada free gift lagi. Nak tau apa free giftnya? Meh tengok gambar kat bawah ni: (more…)

lalala kerja la

Date: 13th / December / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs, broadband

Salam.

Lama tak ber“updateblogs ni. Kesian betul la kat blogs aku. Memula masa nak berblogging, aku dah budget dan susun jadual aku bila waktu-waktu untuk update entri @ post blogs. Tapi itu perancangan dahulu la. Sekarang bila dah berblogging lari budget pula, fuh~

Sampaikan aku nak ucap Tahun Baru 1 Muharram 1432 Hijrah pun takde masa. Ingatkan nak kongsi sedikit azam tahun baru aku.

Entahlah…..
Mungkin sebab “mood “aku sekarang ni tengah memikirkan macam-macam hal. Lagi-lagi tentang kerja. Sepatutnya seperti kebiasaan, bila akhir tahun kerja dah tak banyak. Tapi untuk akhir tahun kali ini berbeza pula. Makin berlambak pula!

Dan ada SATU lagi SEBAB aku tak dapat update @ online, (more…)

Selamat Datang Maxis Broadband!

Date: 14th / October / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: broadband

Salam semua.

Selepas sahaja aku meminta pendapat daripada korang yang budiman semua tentang mobile broadband apa yang “the best“. Akhirnya aku telah subscribe Maxis broadband sebagai platform untuk aku update blogs dan melayari internet. Terima kasih ya korang semua! :D

Sebelum ni aku pakai broadband provider yang menjual pakej internet jalur lebar “kuasa 4G”. Tapi apakan daya hampir genap setahun aku pakai tetiba 3 bulan yang lepas s servis & linenya berubah macam pakai dial-up. Rupanya area aku line coverage tak begitu baik. Dan tak berbaloi aku bayar mahal tapi servis yang aku dapat tak memadai. Jadi terpaksalah aku terminate. Maaf ya!

Aku memilih Maxis wireless broadband sebab kelajuan modemnya (Huawei E1552) boleh mencapai sehingga 3.6 Mbps berbanding pakej mobile broadband provider yang lain. Dan aku “selectplan 1.5GB dengan bayaran RM48.00. Kira okay juga sebab aku pun da kurangkan aktiviti sebagai “heavy downloader“. Sementara tengah promosi ni Maxis berikan modem Huawei E1552 secara percuma dengan kontrak selama 6 bulan beserta free gift, huhu. Dan percubaan selama 7 hari menggunakan Maxis wireless broadband. Kalau tak puas hati dengan servis ni dalam tempoh percubaan 7 hari, boleh cancel kan & pulang semula modem yang percuma tuh. Tapi free gift takyah pulangkan kot, huhu :lol:

Setelah aku mencuba selama hampir 7 hari….. (more…)

Jatuh Bangun Kembali

Date: 4th / October / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs, broadband

Salam untuk kawan-kawan bloggers semua :D

Happy October 2010!~

Wow! Tak sangka da masuk bulan October dan hampir tiba penghujung bulan Syawal 1430 Hijrah. Hampir seminggu juga tiada update. Maklumlah sekarang ini aku tiada talian broadband lagi.

Kenapa ya?

Sebelum ni ada postkan entri “Broadband bertukar ke Berukband?” Yup ia entri tentang kekecewaan perkhidmatan broadband yang aku subscribe @ langgan. So disebabkan terlalu kecewa aku terpaksa “terminate line internet“. Tak mengapalah aku halalkan bil yang aku bayar berbulan-bulan tu walaupun nak dikirakan aku dapat surfing internet boleh kira pakai jari. Kalau nak ceritakan isu broadband @ berukband memang takkan habis. Buat sementara ni aku jalankan aktiviti surfing kat restoran mamak. Bukan setakat surfing internet, restoran mamak ni siap ada cas bil elektrik lagi kat customer. Maklumlah sekarang ni mana la ada sesuatu yang free. Aku rilek dulu seminggu dua ni tanpa talian internet mungkin aku try pakai mobile broadband pula. Em nak pakai celcom, digi or maxis broadband? Korang ada cadangan tak? ;)

Seperkara lagi sebelum ini aku ada sedikit ke “kusut” an. Senang cerita ada masalah. Rasanya boleh dikatakan ujian “kejatuhan” dalam kehidupan aku. Sebenarnya (more…)

Broadband bertukar ke Berukband?

Date: 20th / September / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs, broadband

Salam.

Entri kali agak “main kasar” sedikit, heh.

Kali ini aku da merasa “fed up” tentang penggunaan broadband kat rumah aku nih. Aku kalau setakat sebulan network @ line slow a.k.a lembab takpa. Aku still lagi bersabar. Ini da sampai 3 bulan masih lagi ada masalah. Mula lah rasa marah yang amat sangat, fuh!~

Aduhai…..
Kadang pening juga memikirkan.
Sebab akhir bulan ni aku kena terminate line internet (lagi). Lepas tu tak ke satu kerja nak pergi cari @ survey brand broadband yang lain. Nak apply dah nak kena bayar itu dan ini baru la boleh balik rumah dan start surfing kembali dengan “Jenama Jalur Lebar Yang Baru” (lagi sekali). Lepas memula pakai okay jer, kemudian tak lama mulalah datang penyakit yang sama (LSL = line slow lembab) walaupun bukan sebab bandwidth quota dah habis @ over limit.

Wow!
Sangat penat lah kalau selalu berlaku begini. (more…)