Nuffnang at hafidzlife.com
Salam.
Hey~ Korang sume perasan kan aku baru saja letak ads Nuffnang kat blogs aku; hafidzlife.com. Seriously, aku tak pernah lagi mendapat apa-apa payment dalam blogs-blogs aku sebelum ni. Mungkin aku tak power lagi dalam menjana wang secara atas talian @ make money online. Apa lagi mari mantapkan SEO! =d
Pernah la sekali aku dah cashout dari Advertlets dari blogs lama aku. Tapi sayang sekali setelah menunggu dengan SABARNYA, aku tak dapat pun bayaran @ payment dari Advertlets. Penat aku tanyakan pasal bayaran, ada la sekali respon dari Advertlets. Dia suruh aku bagi nombor akaun aku. Tapi last-last macam tuh juga… Tiada transaksi bayaran pun! Aku takkan marah kalau Advertlets bagi pemberitahuan yang dorang ni belum cukup duit lagi nak buat payment kat aku. Bila dah jadi macam ni, mesti TRAUMA punya…..
Tapi tu cerita lama. Sekarang ni aku dah layan Nuffnang. Ikut reputasi Nuffnang ni memang tidak pernah mengecewakan blogger dalam membuat pembayaran. Aku pun dah dapat status Glitterati =)
Apa yang jelas, aku masih baru lagi dalam Nuffnang ni. Insya’allah, aku akan usaha untuk jana pendapatan dalam blogging. Korang doakan aku dapat earning yang banyak ya! heh =P
Naik
Umum semuanya dah tahu kan tentang kenaikan harga minyak RON95 & harga gula.
Aku pun baru sahaja nak blogging tentang perkara “naik” ni.
So apa perasaan korang?
Suka?
Happy sangat?
Marah?
Sedih?
Dah bosan?
Dah agak?
Bagi aku pula, memang dah jangkakan benda-benda ni akan “naik”. Nak atau tak, memang kena terima lah kenaikan harga. Macam-macam hal la kan? Terpaksa buat perancangan @ strategi mencari pendapatan sampingan supaya dapat membantu untuk menampung kos-kos yang sedia ada ni. Aku akui la masa dulu memang tak terasa sangat. Sekarang ni dah terasa, so memang kena buat kempen berjimat-cermat la, haha~
Untuk masa akan datang ni, baik la bersedia. Yelah sebab tinggal beberapa bulan jer untuk menuju ke tahun 2011. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya (I wish ada time machine macam dalam citer “Back to the future” tuh, boleh lihat masa depan kan? At least boleh tahu harga minyak untuk 10 tahun akan datang, huhu).
Apapun aku percaya pada REZEKI. Inysa’allah REZEKI tuh ada dimana-mana untuk kita semua. Kalo merungut sahaja pasti menemui jalan yang buntu.
Nak ke kita jadi orang yang BUNTU? heh =P
Hujung minggu yang…..
Salam sume.
Kali aku nak share & bercerita pasal hujung minggu tempoh hari.
Yup, hari tu ada PC Fair (9 hingga 11 Julai 2010). Nak jadikan cerita PC Fair kali ni aku “singgah” kejap. Ikutkan memang aku nak “borong” macam-macam. Tapi untuk PC Fair kali ni dalam wishlist aku ada dua barang jer. First aku merasa membeli Macbook dari Apple & beli Flash Drive baru. Maklum lah External Hard Disk aku dah penuh dengan movie-movie melayu boleh, heh. So aku pakai flash drive jer la untuk urusan kerja harian aku.
Tapi PC Fair kali ni takde booth Apple pula. Baru la aku ingat nak pergi survey harga Macbook. Mana tau PC Fair kali ni ada harga promosi ker. So, aku pergi survey flash drive pula & dapat la merembat @ shopping HP USB Flash Drive v210w. Oh ya, aku belikan juga HP USB Flash Drive v210w untuk isteri aku
Selesai saja urusan di PC Fair, aku ke shopping complex. Beli selipar jenama Everlast. Isteri aku belanja
Cantik color selipar tuh. Color putih. Aku pun da lama teringin nak pakai selipar color putih.
Dan nak jadikan cerita, selesai saja semua urusan aku singgah masjid. (more…)
Aku Penat
Aku PENAT!
PENAT out-Station,
PENAT bekerja,
PENAT disuruh,
PENAT diarah,
PENAT dimarah,
PENAT segala-galanya
dan…..
MEMANG PENAT!
Apa yang PASTI aku akan mencari jalan bagi menebus kembali KEPENATAN ini.
Kemudian aku akan KEMBALI DENGAN SELAMAT. =)
rehat seketika
Salam semua.
Aku agak busy sedikit seminggu-dua ni.
Tiada update,
Tiada entri,
Tiada post…
Maklumlah, aku bekerja.
Kena pula tuh kerja out-station.
Hari ni baru la dapat lepas gian ngadap internet, heh.
Tapi aku still dalam status out-station.
Harap dapat la curi masa lagi untuk ngadap internet.
Lepas aku post entri ni, tiba pula masa untuk aku rehat seketika.
Sebab esok sambung out-station lagi, fuh~
Harap rezeki aku akan bertambah lagi, amin =)





