Album Review : Statik
Salam korang semua!
Okay kali ni aku nak review satu album karya dari band indie (lagi, heh) yang memang berbakat dari Johor iaitu band Statik. Huhu aku memang suka beli, kumpul dan review karya-karya band indie ni. Bagi aku aku karya-karya dari artis dan band indie Malaysia ni sememangnya ASLI, JUJUR DAN IKHLAS.
Ini merupakan “Debut Album” Statik yang berkonsepkan Mini Album. Judul Album Statik juga adalah “Statik“. Cover album yang simple tetapi smart @ kemas. Difahamkan gambar-gambar untuk cover album ini diambil di JOHO Studio.
Okay, bila aku pasang jer CD Statik, lagu di track pertama yang berjudul “BINTANG” bila “dilayan” akan berasa diawang-awangan, heh. Ya lagu Bintang WAJIB didengar pada waktu malam baru ada “FEEL”
Dan lagu-lagu seterusnya memang membuatkan korang rasa untuk berdansa! (more…)
Album Review : Bittersweet Empire’s Transition
Salam.
Kali ini aku baru saja beli album terbaru Bitttersweet yang berjudul Empire’s Transition. Korang kenal tak band Bittersweet ni? Band Bittersweet berasal dari Ipoh Perak antara salah satu band indie yang terbaik dari Malaysia
Dorang penah muncul dan dikenali dalam drama KAMI suatu ketika dahulu.
Empire’s Transition merupakan album kedua. Manakala album Perfect Match adalah album pertama Bittersweet. Seriously aku belum beli Album Perfect Match sebab masa tu aku tak layan sangat lagu Bittersweet. Lagu-lagu Bittersweet yang dari album Perfect Match aku layan kat laman myspace dorang saja. Ini KALI PERTAMA aku beli dan layan lagu Bittersweet. Mungkin sebelum ni karya dan lagu mereka tak kena dengan jiwa muzik aku
Harap aku tak kecewa dapatkan album Empire’s Transition, huhu
Nak tahu tak? Album Empire’s Transition terpaksa menjalani proses “rakaman semula” kerana dalam proses menghasilkannya vokalis asal mereka telah meninggalkan band Bittersweet atas sebab-sebab yang “tidak dapat dielakkan”. Dan juga terdapat pertukaran ahli-ahli band Bittersweet yang lain. Jadi secara keseluruhannya album diberi nafas baru dan ahli-ahli muzik Bittersweet yang baru!
Ada 13 lagu (termasuk 1 lagu bonus track) dari Bittersweet dalam album Empire’s Transition:
- untitled
- four years
- ceritera
- burn it down
- knights of the round table
- 1234
- what I’ve been looking for
- midnight tripping
- older than before
- secret
- shiver
- nex aidilfitri
- bonus track indieprestasi: getaran jiwa
Antara lagu yang paling aku minat, lagu knights of the round table
Setelah aku dengar, layan dan bangging (heh) kesemua lagu-lagu Bittersweet dalam album Empire’s Transition, memang TERBAIK la karya dari diorang! Perubahan mereka selama ini memang (more…)
Album Review : Spider Kita Satu
Salam. Lama juga aku tak beli dan review album. Maklumlah aku akan beli album karya tempatan yang betul-betul menepati citarasa aku. Bagaimana pula dengan album luar negara? Sama juga, aku akan beli citarasa aku~ Tapi album luar negara mahal la haha
Entri kali ini aku nak review album Spider Kita Satu. Uniknya album ini, aku tidak membelinya. Isteri aku yang belanja. Wohoo~ Terima Kasih Sayang!
Okay. Album Kita Satu dari kumpulan @ band Spider ni adalah album studio mereka yang ke -5. Menampilkan single pertama mereka iaitu “Ajaib” yang kerap diputarkan di stesen radio-radio malaya dan kini sedang popular & mempromosikan single kedua mereka iaitu “Kita Satu“.
Sebelum ini aku tak pernah beli album Spider. Ini baru first time! huhu. Nak kata tak minat tak jugak la. Cuma aku lebih minat kumpulan Spider sebab suka mendengar lagu-lagu melankolik mereka. Antara lagu-lagu melankolik Spider yang aku minat; lagu Mungkinkah Terjadi, Kekal, Relaku Pujuk, Bila Nak Saksi dan tak lupa juga ada satu lagu sempena Hari Raya Aidilfitri, Rindu Raya. Dan lagu-lagu melankolik dari Spider tidak terlalu jiwang sangat. Itu yang aku respect!
Apapun memang berbaloi dapatkan Album Kita Satu. Lagu-lagu dalam album Kita Satu, semuanya “easy listning“. Tidak terlalu heavy dan tidak terlalu meleleh @ jiwang karat sangat, heh. Sesuai juga bila tengah drive kereta sambil dengar @ layan lagu-lagu dalam Album Kita Satu
Kesemua Lagu-lagu didalam Album Spider Kita Satu adalah ciptaan Tam Spider Sepenuhnya. Secara keseluruhan ada 7 lagu. 5 Lagu baru + 1 lagu versi piano + 1 lagu live akustik. Ini senarai lagu dalam Album Spider Kita Satu: (more…)
They Will Kill Us All – Sepanjang Riwayatku
Sepanjang riwayatku, Tak pernah kini riang, Hati yang gelap dulu, Kini bercahaya
Nur subuh telah menghilang, Tak perlu ku bimbang, Itulah akibat sabar, Yang buruk kan bertukar
Ku pohon pada Mu tuhan, Cinta ku berkekalan
Dahulu ku menangis, Mengenang nasib badan, Walaupun ku berteman, Tak siapa yang riang
Oh hati ku telah hancur, Tak dapat berhibur, Ku tempuh segala dugaan, Ketawa kemudian
Kekasih menyelamatkan, Daripada kehancuran (more…)
Album Review : The Times The Ballad Of Jimi Acid
Ahoy! Semua~
Aku da beli karya terbaru daripada band The Times
Ia sebuah EP yang dinamakan The Ballad Of Jimi Acid.
The Times The Ballad Of Jimi Acid EP ni aku dapatkan di salah satu kedai pengedar yang sah. EP ini adalah yang pertama dari The Times. Sebelum ini The Times menghasilkan 3 album & 1 album repackaged. Album-album yang dilahirkan oleh The Times ialah Soda Pop Rok ‘N’ Roll, Nada Melankolik Malaya & Modern Minimalis Glamour. Untuk sejarah pasal The Times klik kat sini ya: The Times Wikipedia.
Tracklisting The Times – The Ballad Of Jimi Acid:
- Spektakular
- Wanita
- The Ballad Of Jimi Acid
- Track 4 (Bonus Track)
Sedikit info mengenai The Times – The Ballad Of Jimi Acid:
- The Times The Ballad Of Jimi Acid adalah keluaran sulung dari TIMES MOVEMENT RECORDS (Label The Times sendiri!).
- Lagu “Spektakular” adalah single terbaru The Times yang diambil dari Ballad Of Jimi Acid EP dan telah pun berkumandang di radio malaya.
- Untuk track 4 adalah bonus track dari The Times. Lagu ni memang ditujukan khas untuk fans sing along. Nak tau lagu apa? Heh, kena beli la EP ni~
Meh tengok Preview Promo: (more…)






