Malaya ke Malaysia

Date: 17th / September / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs, patriotik

Salam.

Rasanya aku ter missed sehari untuk update entri sempena 16 September. Tapi tak mengapa bukan? Heh.

Syukur teramat sangat kerana dapat cuti seketika sempena Hari Malaysia ini. Sambil update entri ini aku layan Nescafe Gold dengan Roti Gardenia. Fuh~ Memang sedap dan rasa tenang saja 8-)

Baiklah, berbalik pada entri kali ini…
Sebenarnya aku bukanlah nak bercerita tentang sejarah negara kita. Umumnya korang dah maklum bukan tentang sejarah penubuhan Malaysia? Melihat sejarah penubuhan Malaysia ini jika dibaca dan difahami, kita akan sedar bahawa segala PERUBAHAN yang dilakukan adalah bukan sesuatu yang MUDAH dan SENANG.

Seperti aku, kini yang ingin membuat PERUBAHAN BESAR terhadap diri aku sendiri dan juga family aku. Cabaran pada masa kini boleh dikatakan agak sukar untuk maintain kan kesempurnaan dalam surviving kehidupan. Anggap satu contoh begini: Jika 30 tahun yang lepas nilai RM5000.00 PASTI suatu angka yang nilainya BESAR. Kini selepas 30 tahun melihat nilai RM5000.00, SUDAH PASTI nilainya TIDAK BEGITU BESAR. Punca dan sebab, jika dibelanjakan nilai RM5000.00 SUDAH PASTI tidak sampai LIMA HARI selesai dan tamat dibelanjakannya. Benar bukan?

Jadi apa yang perlu dilakukan?
Sudah pasti langkah yang dilakukan dengan cara BERJIMAT CERMAT. Tapi mampukah untuk BERJIMAT supaya orang sekeliling tidak melabel anda sebagai seorang yang KEDEKUT nak mampus? Bagi anda yang kini suka BERJIMAT, pedulikan la apa orang sekeliling nak cakap kedekut ke apa. DUIT AKU BUKAN DUIT KAU. Mungkin itu lebih baik dari berceritakan pada orang lain (yang kononya kawan prihatin) tentang kesulitan yang dialami. Buat apa untuk meraih simpati dengan orang lain sedangkan kita MAMPU BERUSAHA untuk ke arah yang LEBIH BAIK dan SEMPURNA.

Kita lihat pula pada 30 tahun akan datang ya adakah RM5000.00 itu menjadi NILAI BESAR semula atau sebaliknya…..

Dan akhir sekali;

“SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT SELURUH BLOGGERS-BLOGGERS MALAYSIA” :D

Tags: 16 september, cabaran, jimat, kedekut, malaya, malaysia, merdeka, susah senang

This entry was posted on Monday, September 17th, 2012 at 9:56 am and is filed under blogs, patriotik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Malaya ke Malaysia”

  1. Comment by: akubiomed | Date: September 17th, 2012 | Time: 11:15 am

    Terus terang perbelanjaan yang sama dikeluarkan tidak akan sama nilainya di pada masa hadapan. Bukanlah kerana kedekut alasan kenaikkan harga minyak. Yang menghairankan kenapa perlu ada insentif daripada kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dengan kewujudan kedai 1 Malaysia. Sepatutnya perniaga tidak mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna.
    akubiomed´s last [type] ..Entri pemanas badan blog AkuBiomed

  2. Comment by: zik | Date: September 17th, 2012 | Time: 12:57 pm

    kadar inflasi boleh diatasi ialah diatas faktor diri sendiri… kalau betul disiplin, boleh punya.. kena cari pendapatan tambahan…
    zik´s last [type] ..Pencipta twitter, Jack Dorsey

  3. Comment by: Malaysia Coin | Date: September 17th, 2012 | Time: 9:37 pm

    Kalau ada duit RM5K.., beli emas, sehari pun dah habis duit tapi lagi 5 tahun, insyaALlah harga emas tu akan naik. :)
    Malaysia Coin´s last [type] ..Duit syiling 50 sen tahun 1976

  4. Comment by: fazrol | Date: September 17th, 2012 | Time: 11:21 pm

    Inflasi kena cari duit lebih lagi…
    Tak tahu samapi bila…
    fazrol´s last [type] ..Review P1 Mifi MF230!

  5. Comment by: zool | Date: September 17th, 2012 | Time: 11:54 pm

    30 tahun lagi ntah apa boleh beli dengan RM1.00,,
    RM5K pun dah tak dapat nak beli moto kot
    zool´s last [type] ..Ganjaran untuk diri sendiri

  6. Comment by: donnyien | Date: September 19th, 2012 | Time: 4:56 am

    berjimat cermat amalan mulia, saya susah berjimat terus terang,pantang ada je duit mesti tak nampak batang idung
    donnyien´s last [type] ..Wordless Wednesday # Drift @ The Curve

  7. Comment by: Jebeng Otai™ | Date: September 20th, 2012 | Time: 10:58 pm

    30 tahun yg dahulu penduduk kita pon hnya beberapa juta shja..skng ni dh jejak 28 juta..inflasi dipengaruhi banyak faktor..salah satunya terlalu bergantung kepada import..jika kita boleh hasilkan sendiri..rasanya kenaikkan tidak terlalu ketara..
    Jebeng Otai™´s last [type] ..Tips Perniagaan Online : Pembungkusan

  8. Comment by: onlajer | Date: September 21st, 2012 | Time: 11:32 am

    dulu kalu gaji rm2000 dah besar gila o dah rasa macam boleh pakai perdana hehe
    onlajer´s last [type] ..Jom Infaq – SURAU AS SAKINAH

  9. Comment by: gamep01nt | Date: September 23rd, 2012 | Time: 12:17 am

    hah ini lah sebab kenapa kita kena membeli emas haha betul kan?
    gamep01nt´s last [type] ..Burger Bakar Dan Kereta Baru Bangi

Comment Form





CommentLuv badge