Album Review : Pesawat – Take Off

Date: 9th / April / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: album review, video

Salam.

Untuk Album Review pada bulan ini, band yang dipilih adalah band Pesawat.

Sebelum tu, korang pernah dengar band Pesawat? Aku rasa pasti korang pernah dengar kan? ;) Yup, setelah sekian lama Pesawat mengeluarkan karya lagu-lagu / single demi single, akhirnya Pesawat telah melahirkan album sulung mereka berjudul Take Off.

Heh, sebenarnya dekat 8 bulan Pesawat release album Take Off ni. Dan dekat 8 bulan juga aku cari album Take Off sebab tak perasan aku letak kat mana. Maklumlah memang BERLAMBAK album band/artis indie Malaya yang aku beli, simpan dan kumpul. Sampai aku tak muat rak gobok aku huhu. So alang-alang dah jumpa, terus aku review hehe.

Masa Pesawat releasekan album Take Off, mereka menjanjikan bahawa karya dan konsep didalam album sulung mereka adalah sesuatu yang bising! Yup, album Pesawat – Take Off ini dimulakan intro yang berjudul Take Off. Dengar sahaja intro Take Off ini, kita akan rasakan seolah-olah telah menaiki “pesawat”. Dan seterusnya terus berkemundangan lagu-lagu yang “bingit”. Untuk lagu yang pertama berjudul Brand New Day, aku dengar jer dah macam bunyi kapal terbang berlepas lah huhu.

Track kedua berjudul Hitam. Seolah-olah kesinambungan dari track pertama, memang Pesawat tak kasi layan lagu slow nampaknya. Fuh memang boleh “joget lambak” layan lagu Hitam ni. Dan track-track seterusnya sama seperti track lagu pertama dan lagu kedua, diselang-selikan lagu lirik bahasa english dan lirik melayu. Em, bagi memang okay jer buat selang-seli macam tuh sebab hampir kesemua karya lagu-lagu dalam album Pesawat- Take Off ni “BINGIT“.

Hampir kesemua lagu ada bunyian “synthesizer” yang menjadikan tiada kekosongan setiap lagu-lagu dalam album Pesawat – Take Off di”play“kan.

Serius, karya lagu/single yang berjudul/berlirikan bahasa english memang kena dengan vocal Jipie. Agak susah nak cari vocalis yang vocalnya mempunyai kekuatan menyanyikan lagu english. Bagi aku, Pesawat antara band yang berbakat dalam penciptaan  dan persembahkan lagu berlirikan bahasa english. Cun!

Pesawat is: Jipie : vocals, guitars, piano, keyboards | Nizam Camel : guitars | Mann: bass | Kudux : drums, percussions | Danial Nor : synthesizer, strings, dancer

(Terima kaseh Pesawat sign autograph di album Take Off untuk aku! heh.)

List @ Senarai Lagu dalam album Pesawat Take Off:

  1. Take Off
  2. Brand New Day
  3. Hitam
  4. Excuse Me
  5. Bingit
  6. Numb
  7. Jet-Lag
  8. Turbulence
  9. Mirage
  10. Rapuh
  11. Rasional Emosional
  12. Bandaraya Ibukota
  13. Mesti Mau ( Official Twisties Theme – Bonus Track)
  14. Menjelang Syawal (Hidden Track)

Lagu pilihan @ favourite aku dalam album Pesawat – Take Off adalah: Hitam, Rapuh, Brand New Day, Rasional Emosional dan Mirage (Off Course!)

Aku harap selepas ini karya lagu Rapuh dapat dijadikan single terbaru Pesawat :D

Serba sedikit info tentang Pesawat:

Jom, layan music video / single terbaru dari Pesawat – Turbulence:

Keseluruhan album Pesawat – Take Off, memang best dan terbaik! Satu strategi yang menarik dimana band Pesawat release / keluarkan single demi single dahulu bagi promosikan jenama Pesawat sendiri. Dan bila semua peminat mengenali kesemua karya lagu-lagu Pesawat, baru mereka releasekan album Take Off! Cara juga strategi Pesawat!

Untuk album Pesawat – Take Off aku berikan EMPAT BINTANG DARI LIMA BINTANG.

Terima Kaseh & Good Luck Pesawat! 8)

Korang boleh keep in touch terus dengan Pesawat di:

Tags: mesti mau, mirage, pesawat, pramugaru music, rasional emosipnal, songs, take off, turbulence, twisties theme

This entry was posted on Monday, April 9th, 2012 at 7:23 am and is filed under album review, video. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Album Review : Pesawat – Take Off”

  1. Comment by: mie | Date: April 10th, 2012 | Time: 12:55 am

    boleh tahan juga lagu2 dia..
    heheee
    mie´s last [type] ..Yokohama Cosmo World Hiburan Simple Di Jepun

  2. Comment by: arrizz | Date: April 10th, 2012 | Time: 10:20 pm

    pesawat lagu diorang best2 gak..respek giler ngan bro, rajin beli album ori..artis local pulak tue..
    arrizz´s last [type] ..Mari belajar bahasa Sabah – penggunaan kata tambah – bah

  3. Comment by: Amirez | Date: April 10th, 2012 | Time: 11:43 pm

    layan jugak lagu pesawat ni. memang best
    Amirez´s last [type] ..Subway Baru Kazakhstan yang Canggih dan Bersih

  4. Comment by: budakserius | Date: April 13th, 2012 | Time: 12:13 am

    Best gak layan lagu2 pesawat nih.
    budakserius´s last [type] ..15 Rahsia Khusyuk Dalam Solat

  5. Comment by: Hafidz | Date: April 15th, 2012 | Time: 12:18 am

    to mie:
    lagu-lagu Pesawat memang best beb ;)

    to arizz:
    memang hobi kumpul/beli karya band/artis tempatan. ngeee :D

    to Amirez:
    sangat syok! lagu-lagu rancak dorang memang kasi naikkan semangat aku bila buat kerja ;)

    to budakserius:
    memang best dan memang berbaloi beli album take off :)
    Hafidz´s last [type] ..Nuffnang Buffered Earnings 8

  6. Comment by: Video: Pesawat – Menjelang Syawal « Video « Hafidz Life | Date: August 12th, 2012 | Time: 10:23 pm

    [...] best dari Pesawat lagu Menjelang Syawal. Lagu raya ciptaan sepenuhnya dari Pesawat ini diambil dari Album Take Off. Muzik Video yang dipersembahkan oleh Pesawat agak unik dan agak kelakar juga jalan [...]

Comment Form





CommentLuv badge