TV Series: Projek Pop The Series

Date: 6th / March / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: tv series

TV Series: Projek Pop The Series
Genre: Music/Urban Youth/Entertainment
Pengarah: Atomsk & Kroll
Skrip: Adam Sinclair & Alfie Palermo
Terbitan & Produksi: 8TV & Phuture Phlow Films
Tarikh Tayangan: 4 MARCH 2012
Waktu Tayangan: 10:30PM (Setiap Hari Ahad)
Channel Siaran: 8TV
Pelakon: Iedil Putra (Amad), Cristina Suzanne Stockstill (Alis), Josiah Hogan (Kamil), Hujan (Noh, AG Coco, Hang Dimas, Izzat Uzaini, Acer), Nadia Aqilah Bajuri (Sara), Hansen Lee (Chris), Syafie Naswip (Danial), Juzzthin Nazreen (Khairul), Megat Sharizal (Bobo), Anita Woo (Shireen), Fairil Desa, Nas Muammar, Kimy Najib (Rashid), Alfred Loh (the cameraman),  Eva Emmanyna (Chris Assistant), The Hot Snow (Firdaus Karim, Aliff Zulkifli, Ridzal Mann)

Salam korang semua! :D

First time aku share @ review tentang TV Series huhu. Dulu nak review KAMI TV Series. Tapi time tuh blog aku pun tak wujud lagi :lol: Nak review TV Series yang “cintan-cintun” (drama jiwang) memang mustahil la. Sebab aku tukang tonton jer huhu.

Okay, TV Series yang aku nak sharekan pada korang ialah Projek Pop. Sebuah cerita yang mengisahkan segala kejadian yang berlaku di belakang tabir disebalik persiapan untuk mengadakan konsert yang terbesar. Dan Projek Pop ini adalah nama kepada konsert tersebut. Konsert Projek Pop ini melibatkan nama-nama band / artis indie yang terbesar dalam industri hiburan tanah air. Jadi untuk mengadakan serta menghasilkan sebuah konsert Projek Pop, “tenaga-tenaga kerja yang besar” perlu di kerahkan / di upah supaya segalanya berjalan dengan lancar dan terbaik dari semua aspek. Jadi sudah tentu ianya bukan suatu perkara yang “MUDAH & SENANG”!

Kisah Projek Pop bermula dari seorang pengurus band Hujan iaitu Amad. Yup, Amad telah “deal” dengan event organizer konsert Projek Pop iaitu Chris untuk membawa band Hujan perform di Konsert Projek Pop. Segala urusan membawa band Hujan untuk ke Projek Pop pada mulanya berjalan lancar namun “belang” sebenar Chirs akhirnya terbongkar setelah pelbagai dugaan & masalah yang dihadapi Hujan sepanjang persiapan Projek Pop.

Lebih malang lagi kehadiran Kamil dan bandnya Hot Snow telah membuli Amad dan Band Hujan dengan sabotaj segala apa yang Hujan buat di dalam kawasan Konsert Projek Pop. Antara Amad dan Kamil, mereka berdua ada sejarah silam sebenarnya. Satu ketika Amad merupakan bekas pengurus kepada band Kamil, Hot Snow. Ada cerita yang “agak menarik” yang berlaku antara mereka berdua (kena tonton Projek Pop sepenuhnya nampaknya kalau nak tahu cerita silam mereka). Kebetulan pula Hot Snow adalah band yang utama dalam menjayakan sepenuhnya Projek Pop ini. Dengan kelebihan Kamil & bandnya Hot Snow, Chris terpaksa turutkan segala kemahuan mereka.

Dan muncul pula kekasih Kamil iaitu Alis, membuatkan Amad ingin menceritakan sesuatu kepada Alis setelah Alis bertanya dan ingin ketahui cerita sebenar dari Amad sendiri kenapa Amad meninggalkan untuk menguruskan band Hot Snow. Amad juga seolah-olah memendam sesuatu perasaaan terhadap Alis. Mungkinkah hubungan Alis dan Kamil akan berubah kepada Amad? Wow~

Krew-krew yang bekerja dibawah arahan / upahan Chris telah mula menyatakan perasaan tidak puas hati setelah upah yang dijanjikan oleh Chris tidak dibayar dan dibayar tidak mengikut perjanjian yang ditetapkan. Bukan itu saja, Amad juga telah mengejar Chris (memang ada adengan kejar-mengejar dalam stadium dorang berdua ni) kerana tidak puas hati layanan pihak organizer Chris yang diberikan kepada Hujan.

Sara seorang host dari Web TV Channel, bertugas untuk membuat laporan dan skop kepada Projek Pop. Segala apa yang berlaku dalam Projek Pop akan sentiasa direkod dan dilaporkannya. Bos Sara (Hasnul Rahmat) telah memaksa Sara untuk sabotaj perjalanan Projek Pop supaya membuat gosip-gosip, skandal dan berita palsu bagi memburukan Projek Pop itu sendiri! Dan yang menjadi mangsa Sara adalah Amad setelah Sara telah merekod video Amad “rasuah” Chris!

Maka bermulalah segala huru-hara, kekecohan, skandal dan konflik yang berlaku dalam Projek Pop

Ini dia Projek Pop punya Teaser:

Info tentang Projek Pop:

Aku kongsikan sekali short film Project Pop:

Projek Pop baru sahaja ditayangkan pada hari Ahad (4 March 2012). Waktu tayangan Projek Pop pada pukul 10.30 malam.

Secara kesuluruhan memang menarik Projek Pop ni. Rugi kalau tak layan. Atau kalau korang ada masa waktu 10.30 malam tu tak salah kalo nak layan Projek Pop. Bagi aku Projek Pop bakal ada fenomenanya tersendiri. Lagi-lagi sambutan penontonnya dari golongan muda belia yang memang layan industri indie Malaya (macam aku juga kot huhu).

Oh ya! Tiada BINTANG yang diberikan untuk Projek Pop. Sebab ianya baru saja episod pertama. Tunggu 10 episod selesai baru aku bagi BINTANG (kot) heh. Selamat menonton Projek Pop ya! 8)

Projek Pop Official Link:

Projek Pop The Series – The Story Behind The Concert

Tags: 8tv, alis, amad, Cristina Suzanne Stockstill, Iedil Putra, indie, Josiah Hogan, kamil, projek pop

This entry was posted on Tuesday, March 6th, 2012 at 12:11 am and is filed under tv series. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “TV Series: Projek Pop The Series”

  1. Comment by: b3njy | Date: March 6th, 2012 | Time: 1:08 pm

    Adakah filem siri ini berdasarkan kisah benar ?
    b3njy´s last [type] ..HARIMAU MUDA B DALAM PIALA SULTAN HASSANAL BOLKIAH 2012

  2. Comment by: akubiomed | Date: March 7th, 2012 | Time: 11:52 am

    Pelakon yang mengambil watak didalam drama ini rata-rata muka baru.
    akubiomed´s last [type] ..Wordless Wednesday – #Bantuan diperlukan

  3. Comment by: Rjuna | Date: March 9th, 2012 | Time: 5:45 pm

    Ok kena layan ni ada awek cun, kat TonTon sure ada kan?
    Rjuna´s last [type] ..iPad baru?

  4. Comment by: Hafidz | Date: March 9th, 2012 | Time: 10:15 pm

    to benjy:
    tak. projek pop adalah kisah rekaan semata-mata.

    to akubiomed:
    yup. hampir semuanya pelakon baru.

    to rjuna:
    hehehe. kat tonton ada bro.
    Hafidz´s last [type] ..TV Series: Projek Pop The Series

  5. Comment by: rasa « Blogs « Hafidz Life | Date: March 12th, 2012 | Time: 1:25 am

    [...] baru saja selesai menonton Projek Pop episod 2 tadi [...]

  6. Comment by: Sabrina | Date: March 13th, 2012 | Time: 9:54 am

    ala.. hari tu x sempat nak tengok citer nie… ada link blh tngok on9 tak??

  7. Comment by: budakserius | Date: March 15th, 2012 | Time: 5:07 pm

    Kena layan ni.mcm best ja.
    budakserius´s last [type] ..Nak Makan Perlu Berbogel

  8. Comment by: chii | Date: March 16th, 2012 | Time: 4:27 pm

    short film mcm best..tp dr review..mcm best je…bleh ar layan..thanks..

    err..tp kat tv bape drama ni
    chii´s last [type] ..Banjir

  9. Comment by: chii | Date: March 16th, 2012 | Time: 4:45 pm

    owh..hari ahad 8tv…aisey..bersaing ngan merlin la plak..da la mak suka tgk merlin..nampak gaya..kena tgk kat TONTON je la
    chii´s last [type] ..Banjir

Comment Form





CommentLuv badge