Album Review : Yuna – Terukir Di Bintang

Date: 28th / February / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: album review

Salam.

Album Review kali ini adalah Album Yuna – Terukir Di Bintang. Aku baru saja dapat beli / dapatkan album ini. Susah jugak nak cari sebab kedai yang aku rajin beli album sebelum ini macam dah bankrupt @ bungkus (masalah penjualan cetak rompak kot?). Sebab aku datang kedai tuh tetiba tutup. Tuh terpaksa cari kedai lain. Nasib baik ada port beli album yang lain huhu.

Okay, Album Yuna – Terukir Di Bintang adalah album kedua Yuna selepas album sulung beliau yang berjudul Decorate. Tak silap aku Album Yuna – Terukir Di Bintang baru saja dilancarkan seiring dengan album sulung Diandra Arjunaidi ( yang dikenali dengan lagu Angkasa) tempoh hari. Lagu Sparkle adalah track pertama dalam Album Yuna – Terukir Di Bintang. Lagu berlirikan omputih ini intronya agak unik juga. Tak dapat dinafikan kebolehan Yuna dalam mendendangkan lagu english. Vokalnya sangat-sangat asli. Memang beliau sangat-sangat layak melebarkan karya beliau di New York, Amerika Syarikat 8)

Dipertengahan Album Yuna – Terukir Di Bintang, terdapat 2 track karya lagu berlirikan melayu: KL Kita feat. Qi Razali dan Terukir Di Bintang. Ada “special” skit dalam karya lagu KL Kita. Memang kena dengar lagu duet tersebut. Disamping itu lagu Terukir Di Bintang diinspirasikan dari sebuah karya lagu lama iaitu “Rokiah Wanda – Bulan Di Tutup Awan”. Lagu yang agak klasik tapi diselitkan unsur moden menjadikan percubaan pertama Yuna sebagai komposer yang serba boleh dalam membuat lagu-lagu berirama klasik. Menjadikan karya lagu Terukir Di Bintang sebagai single pertama dalam album ini juga boleh dikatakan percubaan yang berani oleh Yuna. Wow!

Oh ya! Karya lagu Coffee, Someone Of Out Town dan Fear And Frustration. Aku “tak expect” Ketiga-tiga lagu ini akan dimuatkan dalam  Album Yuna – Terukir Di Bintang. Tapi bagus juga Yuna sharekan lagu ni especially peminat-peminat di Malaysia :D Nak tahu kenapa? Kena baca dulu sampai habis album review ni, huhu.

Okay Ini Yuna – Terukir Di Bintang album teaser:

Terukir Di Bintang Album Teaser from Yuna Zarai on Vimeo.

Menarik & cun juga kan album teaser Terukir Di Bintang oleh Yuna?

Tracklisting dalam Album Yuna – Terukir Di Bintang:

Lagu Favourite dalam Album Yuna – Terukir Di Bintang?
Karya lagu Sparkle telah aku pilihkan sebagai lagu favourite aku dalam Album Yuna – Terukir Di Bintang. Memang korang kena dengar dan layan!

Sedikit Info Tentang Album Yuna – Terukir Di Bintang:

Baiklah untuk Album Yuna – Terukir Di Bintang boleh dikatakan “karya Yuna yang baik” juga. Lagu-lagu karya Yuna juga “boleh tahan” dalam Album Yuna – Terukir Di Bintang. Design album macam kurang sesuatu la. Macam kurang terperinci (kot?) dalam pembikinan Album Yuna – Terukir Di Bintang. Maaflah aku bukan nak complain kritik lebih-lebih. But as a fan of Yuna yang mengikuti beliau dari zaman “demo Yuna kemudian ke EP hinggalah ke album”, aku jangkakan sesuatu yang hebat  dari Yuna dari selepas album Decorate (emo la pulak aku nih, heh). Mungkin sebab Yuna kena focus  kerjayanya di New York, jadi beliau tak dapat memperkemaskan lagi  karya Album Yuna – Terukir Di Bintang kot (sedapkan hati aku sendiri huhu).

Tapi tak mengapalah, aku anggap Album Yuna – Terukir Di Bintang sebagai salah satu koleksi peribadi aku. Biar ia menjadi “rare” dengan sendirinya. Dan untuk Album Yuna – Terukir Di Bintang aku berikan TIGA BINTANG DARI LIMA BINTANG.

Semoga Berjaya Yuna di New York! :D

Tags: coffee, fear and frustration, kl kita feat qi razali, memo, photo of you, someone out of town, sparkle, terukir di bintang, yuna

Related Posts:

This entry was posted on Tuesday, February 28th, 2012 at 1:32 am and is filed under album review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Album Review : Yuna – Terukir Di Bintang”

  1. Comment by: titan | Date: February 29th, 2012 | Time: 10:12 pm

    pehh..memang ko layan betul lagu yuna ni ye. hehe..
    titan´s last [type] ..Komisen ke 6 dari Bidvertiser

  2. Comment by: Hafidz | Date: February 29th, 2012 | Time: 11:40 pm

    to titan:
    aku bukan setakat layan bro. malah aku kumpulkan CD @ karya Yuna :D

  3. Comment by: kulanz | Date: March 1st, 2012 | Time: 1:15 am

    Peminat Yuna mesti tak boleh lepas peluang dapatkan album ni
    kulanz´s last [type] ..Jalan-Jalan ke Jong’s Crocodile Farm & Zoo

  4. Comment by: mancai | Date: March 2nd, 2012 | Time: 1:04 am

    terbaik lah yuna
    mancai´s last [type] ..web portal percuma

  5. Comment by: Pejuang Kesenian Extreme | Date: March 2nd, 2012 | Time: 5:17 am

    Memang betul2 peminat yuna ni.Saya pun suka juga dengan lagu terukir dibintang tu.Sangat sedap didengar. Klasik dan ada unsur2 fairytale..hehe
    Pejuang Kesenian Extreme´s last [type] ..Surat Tun Dr Mahathir Kepada PM Israel

  6. Comment by: chii | Date: March 2nd, 2012 | Time: 3:16 pm

    dengar lagu terukir di bintang byk2 kali..mmg xkan puas..susunan muzik ditambah dngn uniknya suara yuna..menjadikan lagu ni sgt special
    chii´s last [type] ..Wordless Wednesday #19 – Makan Beradab?

  7. Comment by: Hafidz | Date: March 4th, 2012 | Time: 6:47 pm

    to kulanz:
    dapatkan album terukir di bintang di pasaran sekarang! heh

    to mancai:
    memang baek bro~

    to Pejuang Kesenian Extreme:
    lebih kurang begitulah huhu

    to chii:
    ala-ala lagu klasik la katakan hiks
    Hafidz´s last [type] ..Album Review : Yuna – Terukir Di Bintang

  8. Comment by: farah | Date: March 10th, 2012 | Time: 12:36 am

    nk beli album ni kat mana ada?

  9. Comment by: Zarul Umbrella | Date: March 15th, 2012 | Time: 11:07 am

    salam..1st time singgah…saya pun ada review gak pasal album ni..mmg ada sedikit kekurangan ..sama mcm awak saya bg 3 bintang jer
    Zarul Umbrella´s last [type] ..Xclusive – Me In Uniform

  10. Comment by: budakserius | Date: March 15th, 2012 | Time: 5:14 pm

    Lagu yuna terukir di bintang memang best.
    budakserius´s last [type] ..Nak Makan Perlu Berbogel

  11. Comment by: Hafidz | Date: March 15th, 2012 | Time: 10:48 pm

    to farah:
    kat speedy video ada jual

    to zarul umbrella:
    salam. wah~ artis singgah kat blogs hafidzlife la. heh. hmm pasal album terukir bintang tuh diharap Yuna dapat hasilkan karya lebih baik lagi pada masa akan datang.

    to budak serius:
    yup lagu klasik yang moden :D
    Hafidz´s last [type] ..Nuffnang Buffered Earnings 6

Comment Form





CommentLuv badge