Urusan Peribadi

Date: 17th / February / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs

Salam.

Fuh!~ Ada dua “perkara & benda” yang berlaku pada aku untuk bulan ini.
Pertama: SIBUK @ BUSY.
Kedua: PENAT SANGAT.

Agak “HEBAT” & TERUK bukan?!

SIBUK @ BUSY
Aku agak tak faham sebenarnya untuk bulan ini. Kenapa perlu SIBUK @ BUSY sangat dalam menjalani kerjaya @ kerja aku. Ya aku amat ketahui tentang “pekara & benda ini” kerana ia adalah lumrah (sesuatu yang biasa) dalam mencari rezeki. Aku AMAT RISAU sebenarnya sebab bila dah terlalu SIBUK. Satu persoalan tiba di minda aku iaitu mana dia MASA UNTUK KELUARGA (Wife & Baby) & MASA UNTUK AKU bila sudah terlalu sibuk?!

Melihat apa yang berlaku, aku dapat agak bahawa mungkin “ada sesuatu” yang hendak diterjemahkan. Mungkin sedang aku dilanda SIBUK, pasti “ada sesuatu” hikmah yang cuba ditunjukkan. Dan untuk itu aku telah berjanji supaya tidak melayan sangat kerenah SIBUK ini kerana aku takut akan dilanda tekanan pula. Faham sajalah bila diri kita dikuasai tekanan. MALANG boleh berlaku. Dan sudah pasti aku akan menuduh MALANG sebagai aku keCELAKAan. Malah boleh menimbulkan CACIan & MAKIan. TERUK & BURUK bukan? Dan itu yang paling aku BENCI. Syukurlah selepas itu aku dapat menangani dan berusaha untuk tidak terlalu ketara tentang SIBUK @ BUSY ini. Cuma aku berharap supaya dianugerahkan lagi kebijaksanaan sebagai satu “senjata” untuk mengurangkan lagi kehadiran SIBUK @ BUSY ini, amin.

PENAT SANGAT
Dulu pernah satu ketika aku dilanda DEMAM URAT yang teruk. Semuanya berpunca dari keadaan yang PENAT SANGAT. Serius la, PENAT! Memang aku tak sanggup nak memikul sakit DEMAM URAT. Tak tahan @ tak sanggup dibuatnya. Dan memang tak sangka DEMAM URAT itu kembali lagi.Wahhhh~ Kali ini badan aku jadi serba tak kena dibuatnya. Asal pulang dari kerja dan tiba sahaja diteratak aku, terus dilanda DEMAM URAT. Bak kata omputih, “what happened to my body?!” Sakit belakang sampai demam seolah-olah buat kerja yang terlalu berat yang amat…

Sampai pening kepala aku dibuatnya bila difikirkan kejadian dan kehadran DEMAM URAT ni. Seolah-olah tiada penyelesaian dibuatnya disebabkan setiap kali pulang bekerja, pasti dilanda DEMAM URAT. Apabila aku buat kajian secara teliti, rupanya faktor cuaca panas & hujan yang tak menentu antara “sumbangan utama” dalam mewujudkan “fenomena DEMAM URAT”. Aduh, serius aku tak sanggup. Sebagai langkah penyelesaian, aku perlu berehat yang BETUL dan ditambah pula dengan aktiviti bersukan. Yup! Aku akan kembalikan aktiviti bersukan semula setelah agak lama menyepi. Kesihatan diri memang nak kena utamakan. Lebih-lebih lagi Wife aku sedang sarat mengandung (Aku dah tak sabar menunggu kehadiran anugerah cahaya mata @ baby, hiks ;) ). Banyak perkara yang aku kena bantu-membantu.

Baiklah. Sampai sini sahaja dahulu untuk entri “Urusan Peribadi”. Selepas ini aku ingin pulihkan semula supaya keadaan berjalan dengan bijak @ lancar. Aku doakan agar korang semua dijauhi perkara sebegini, amin. :D

Tags: jangka masa, kaedah, kerjaya, langkah, personal matter, rezeki, sibuk, tips, urusan peribadi

Related Posts:

This entry was posted on Friday, February 17th, 2012 at 12:01 am and is filed under blogs. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Urusan Peribadi”

  1. Comment by: titan | Date: February 18th, 2012 | Time: 11:47 am

    biasalah tu..urusan peribadi lebih penting..
    aku pun sibuk demam ni..
    titan´s last [type] ..Komisen ke 8 dari Triond

  2. Comment by: akubiomed | Date: February 18th, 2012 | Time: 8:20 pm

    Saya pernah demam Saraf tuhan sahaja tahu bertapa siksa kalau penyakit ini kalau menyerang.
    akubiomed´s last [type] ..Jururawat terjun dressing merawat luka

  3. Comment by: Hafidz | Date: February 19th, 2012 | Time: 12:31 pm

    to titan:
    tuh la. saket belakang aku ni belom baik lagi la. fuh~

    to akubiomed:
    dah tak sanggup nak rasa saket belakang ni. perit2…
    Hafidz´s last [type] ..Video : Yuna – Live Your Life

  4. Comment by: arrizz | Date: February 20th, 2012 | Time: 9:53 pm

    be tough bro..aku still belajar, so bila orang mention pasal sibuk kerja, aku memang tak boleh komen banyak la..haha..just nak sentuh balik apa yang bro cakap, things happen for a reason..aku percaya penat, busy bro tue satu hari nanti akan dibalas dengan khabar gembira..

  5. Comment by: chii | Date: February 21st, 2012 | Time: 2:56 pm

    heheh..masing2 memang tgh sibuk..sama gak ngan chii.cuma kena pandai manage time…pastu dahulukan yg mana lg penting.. =)

    demam urat? chii x pernah kena..tp kalau terlalu penat..mmg leh demam..tp kejap je la..2 hari ..alhamdulillah ok da =)
    chii´s last [type] ..Adat Meminjam

Comment Form





CommentLuv badge