Movie Review : Bujang Terlajak

Date: 26th / January / 2012 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: movie review

Filem: Bujak Terlajak, Belum Terlanjur…
Pengarah: Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Genre: Komedi
Pelakon: Saiful Apek (Saiful), Nabil Ahmad (Nabil), Johan Raja Lawak (Johan), Fazura (Puteri), Mustapha Kamal (Haji Hashim), Susan Menon (Ibu Puteri), Ebby Yus (Ayah Nabil), Shaheed Salim (Jibab), A. Shukor Mohaideen, Bkay Nair, Tauke Raja Lawak, Farahin Roslan, Arizan Anuar, Nadia Najwa, Azlee Khairi

Salam & Halo.

Okay untuk movie review permulaan tahun 2012 aku telah pergi ke panggung wayang menonton filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur. Ini filem bergenrekan komedi. Yup filem yang akan membuatkan penonton gelak ketawa (sampai pecah perut?!). Okay juga sekali sekala layan filem yang menghiburkan hati ni.

Permulaan filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Saiful, Nabil, Johan yang bekerjaya sebagai Ahli Silap Mata Berkumpulan merangkap Badut a.k.a Clown separuh masa (kot) dalam pengambaran tentang pengiklanan. Mereka bertiga berstatuskan BUJANG TERLAJAK kerana disebabkan umur mereka “terlebih lanjut” sebagai menjadi seorang bujang.

Satu hari sedang tiga orang sahabat ni tengah shooting iklan, mereka bertiga terpesona dengan kehadiran seorang wanita @ awek dan juga model yang ayu lagi lawa dalam set pengambaraan. Kebetulan model wanita tersebut shooting sama dengan diorang bertiga. Model Wanita itu namanya Puteri. Nak jadikan cerita Saiful, Nabil, Johan mula terpaut hati dan ingin bercinta dengan Puteri. Dan kebetulan pula Nabil terlalu terdesak mencari seorang bakal isteri kerana telah “disound” oleh ayahnya.

Untuk mengurat @ mengenali Puteri, mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan)  telah buat siasatan/survey secara senyap tanpa disedari oleh Puteri sendiri. Cara mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) skodeng @ survey Puteri, adakalanya boleh sama dan ada kala cara yang berbeza. Ada satu babak kelakar dimana Saiful, Nabil, Johan) telah menyamar menjadi Pondan @ Wanita Jadian untuk mengenali Puteri.

Setelah mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) berjaya buat “kajian” terhadap latar belakang Puteri, dorang dapat tahu yang Puteri ingin mencari calon suami seperti Orang Kurang Upaya (OKU). Ianya disebabkan ayahnya, Haji Hashim seorang buta dan ibunya sanggup bersusah payah menjaga ayahnya yang buta namun kehidupan family Puteri sangat bahagia. Dan Puteri juga mempunyai seorang adik angkat (Jibab) yang juga seorang kanak-kanak istimewa.

Setelah mengetahui ciri-ciri calon suami pilihan Puteri maka Saiful telah memilih untuk menyamar menjadi orang BUTA. Nabil pula menyamar orang PEKAK. Johan pula menyamar menjadi orang BISU. Maka bermulah aksi-aksi Saiful, Nabil, Johan, dengan dengki mendengki dan cuba mendapat tittle BMW a.k.a Best Men Winning untuk memenangi hati @ tackle Puteri.

Berjayakah Saiful, Nabil, Johan menjadi orang buta, pekak dan bisu? Siapa yang dapat tackle Puteri? Dan siapa Puteri pilih menjadi calon Suaminya? So kena tonton ya filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur

Aku sharekan trailer filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur

Babak Menarik?
Fuh~ Aku rasa macam takde istilah babak menarik. Babak kelakar ada la, haha. Yup hampir kesemua babak memang kelakar :lol:

Antara BABAK KELAKAR dalam filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur... :

Keseluruhan filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur... memang KOMEDI SEPENUHNYA. Memang CONFIRM korang akan GELAK KETAWA tapi tak sampai pecah perut la hiks ;)   Tak rugi kalo korang pergi menonton atau download kat laman perkongsial fail yang kena blocked @ tak bole shared heh :lol: . Atau tengok kat astro first kalau ada.

Jadi untuk filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur… aku bagi TIGA BINTANG DARI LIMA BINTANG. Aku harap untuk akan datang LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd. terbitkan lagi filem komedi yang menampilkan pelawak-pelawak otai pula. Nak tengok jugak pelawak-pelawak otai di jadikan watak utama dalam filem. All the best ya! Hahaha :lol:

Info lanjut: Filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur:
- Bujang Terlajak Blogspot
- Bujang Terlajak Facebook

Tags: apek, belum terlanjur, bujang terlajak, fazura, filem, johan raja lawak, nabil, puteri, saiful

This entry was posted on Thursday, January 26th, 2012 at 10:29 pm and is filed under movie review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Movie Review : Bujang Terlajak”

  1. Comment by: mancai | Date: January 27th, 2012 | Time: 11:47 am

    peh mesti tak kering gusi dibuatnya nanti ni….
    mancai´s last [type] ..menghadapi cabaran 2012

  2. Comment by: ohcikgu | Date: January 30th, 2012 | Time: 2:57 pm

    wah, sanggup diorang cat muka diorag ye..

  3. Comment by: Hafidz | Date: January 30th, 2012 | Time: 11:44 pm

    to mancai:
    memang sangat-sangat lawak filem bujang terlajak ni :lol:

    oh cikgu:
    confirm sanggup punya sebab produser dah bayar gaji dorang heh :P
    Hafidz´s last [type] ..Kord Gitar : Yuna – Penakut

  4. Comment by: titan | Date: January 31st, 2012 | Time: 11:36 pm

    warna-warni jadinya. haha
    titan´s last [type] ..Dua hari terakhir..

Comment Form





CommentLuv badge