Movie Review : KL Gangster
Filem: KL Gangster
Pengarah: Syamsul Yusof
Genre: Aksi/Action
Pelakon: Aaron Aziz (Malek), Syamsul Yusof (Shark), Adi Putra (Jai), Zizan Raja Lawak (Fadil), Shofi Jikan (Ajib), Ridzuan Hashim (King), Adam Corrie (Dragon) Sheera Iskandar (Zati), Ku Faridah (Ibu Malek)
Salam. Aku pun da tonton juga filem KL Gangster yang mencatat kutipan RM1.5 Juta (wohooo!) untuk tayangan pertama. First time aku pergi panggung wayang lepas pergi klinik kesihatan sebab dilanda “Demam Panas”. Alang-alang aku amek MC, tengah ada masa ni terus layan KL Gangster. Kalau aku pulang ke rumah layankan demam panas ni confirm makin melarat, fuh~
Jalan cerita filem KL Gangster bermula seorang pemuda bernama Seth Tan Malek (hehe) yang ingin mengubah keluarganya hidup susah menjadi senang dengan menjadi salah seorang gangster @ taiko dan join kumpulan King. Namun niat Malek tidak diredhai oleh ibunya dan balasannya Malek kena penjara atas dakwaan merompak bank disebabkan dikhianati oleh Shark.
Selepas selama 5 tahun, akhirnya Malek dibebaskan dari penjara. Keluar saja dari penjara Ajib ingin mengajak Malek “join” kumpulan Dragon. Namun pelawaan Ajib telah di “selamatkan” oleh Fadil. Sebenarnya Malek telah pun “Cuci Tangan” dan tidak mahu bergelumang lagi dalam kerjaya “lamanya”. Malek ingin kembali kepada pangkuan ibunya dan ingin menolong keluarganya.
Sebaik sahaja mendengar berita Malek telah bebas dari penjara, Shark mula mencari pasal dengan Malek. Macam-macam hal juga la perangai si Shark ni buat kerana takut Malek akan join kembali kumpulan King dan beritahu King tentang rahsia Shark yang selama ini ingin rampas kuasa bapa tiri dia iaitu King! Dalam pada yang sama, Malek ni ada 2 orang adik iaitu Jai & Zati. Jai ni gilakan duit. Dia pun sama gangster juga macam Malek dan join kumpulan Dragon. Jai berpaling tadah kumpulan Dragon dan join pula kumpulan King hanya semata-mata kerana duit tanpa berfikir panjang hingga sanggup menghalang abangnya sendiri, Malek. Zati pula terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang gadis liar kerana tertekan dengan abangnya, Malek. Sebab masa Malek dipenjara, ramai gangter-gangster membuat kacau mengganggu keluarganya.
Jadi bermulalah aksi-aksi “stunt” daripada KL Gangster: Malek, Jai, Ajib, Shark dan Fadil (aksi kelakar jer si Fadil ni, hahaha!)…
Bagi aku, filem KL Gangster ni memang tepat pada masanya ditayangkan di pawagam diseluruh Malaysia. Sebab setahu aku untuk tahun 2011 ni, filem KL Gangster filem tempatan yang pertama keluarkan genre Aksi/Action SEPENUHNYA! Walaupun diselitkan sedikit aksi komedi dari Fadil (haha!) namun fokus aksi-aksi yang dipamerkan dari pelakon utama KL Gangster yang lain memang best!
Secara personal. Skop Production memang antara terbaik kalau keluarkan karya filem bergenre Aksi/Action. Jadi memang layak la mendapat kutipan box-office yang tertinggi. Senang cerita filem KL Gangster memang BERKUALITI. Cuma ada juga part/babak yang perlu diperbaiki lagi untuk filem (genre Aksi/Action) yang akan datang pula.
Babak-babak menarik dalam filem KL Gangster:
- Babak pergaduhan dan aksi Malek memang TERBAEK. Penuh Skill
- Tak lupa juga aksi Jai pun MENARIK. Yelah kalo abang dia power, adik dia pun power juga.
- Babak lakonan dan aksi Ajib boleh membuat penonton ketawa. Dialog dan Ayat dari Ajib memang SENGAT!
- Babak lakonan Fadil lagi boleh buat penonton ketawa tak ingat dunia la hahaha. Paling tak boleh BLAH time kereta Fadil meletup dan terbakar. Dia punya “Redha” terhadap keretanya terbakar memang kelakar. “Eh Sial la” trademark si Fadil bila dia tengah marah @ bingit
- Aksi Shark boleh membuat penonton geram sebab lakonannya sebagai gangster dan penjahat yang suka buat hal memang menjadi.
So untuk filem KL Gangster aku bagi 4 BINTANG DARI 5 BINTANG. Jadi mana yang belum tonton filem KL Gangster ni tunggu apa lagi, jom la layan KL Gangster!
p/s: Alhamdulillah aku baik dari Demam lepas publish movie review KL Gangster
Tags: aaron aziz, adi putra, filem, kl gangster, skop production, sofi jikan, syamsul yusof, yusof haslam, zizan
Related Posts:
7 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Movie Review : KL Gangster”
-
-
Comment by: Ali ridha | Date: June 24th, 2011 | Time: 10:58 am
mana adil ambil cuti
tengok wayang. -
Comment by: Hafidz | Date: June 27th, 2011 | Time: 11:50 am
to h3r0:
ayat fadil & jai memang terbaek wooo~
Ali Rifha:
MC sebab kurang sihat takper bro
-
Comment by: lizz | Date: July 1st, 2011 | Time: 8:35 am
memang pukul habis movie ni kan?
lizz´s last [type] ..5 Sebab Anda Berblogging -
Comment by: Hafidz | Date: July 1st, 2011 | Time: 2:07 pm
to lizz:
bukan stakat pukul habis. terus buat rekod kutipan tinggi! fuyooo!~
Hafidz´s last [type] ..Kord Gitar : The Times – Spektakular -
Comment by: Movie Review : Sekali Lagi « Movie Review « Hafidz Life | Date: July 14th, 2011 | Time: 4:12 pm
[...] sahaja fenomena KL Gangster, maka tibalah FENOMENA TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON (padahal fenomena tuh dah lama). Ceh! Aku [...]
-
Comment by: drinkboy_93 | Date: January 31st, 2012 | Time: 5:58 am
mnmng pkul hbis..i like this movie




memang terbaik…
eh sial lah…. mmg jadi trademark…
lagi satu… meme laa… ayat Jai…