Album Review : Statik

Date: 11th / June / 2011 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: album review

Salam korang semua! :D

Okay kali ni aku nak review satu album karya dari band indie (lagi, heh) yang memang berbakat dari Johor iaitu band Statik. Huhu aku memang suka beli, kumpul dan review karya-karya band indie ni. Bagi aku aku karya-karya dari artis dan band indie Malaysia ni sememangnya ASLI, JUJUR DAN IKHLAS.

Ini merupakan “Debut Album” Statik yang berkonsepkan Mini Album. Judul Album Statik juga adalah “Statik“. Cover album yang simple tetapi smart @ kemas. Difahamkan gambar-gambar untuk cover album ini diambil di JOHO Studio.

Okay, bila aku pasang jer CD Statik, lagu di track pertama yang berjudul “BINTANG” bila “dilayan” akan berasa diawang-awangan, heh. Ya lagu Bintang WAJIB didengar pada waktu malam baru ada “FEEL:P Dan lagu-lagu seterusnya memang membuatkan korang rasa untuk berdansa!

Yup! Karya @ lagu dari Statik MEMANG RANCAK! Aku rasa lirik-lirik dalam lagu mereka seolah-olah mengimbau masa zaman-zaman suka, duka, susah, senang dan macam-macam perasaan pun ada ;)

Senarai lagu dalam Album Statik:

01. Bintang
02. Cherita Kita
03. Dia
04. Tanda Tanya
05. Gelap
06. Kehadiranku
07. Nikmat Sementara

Statik Adalah: Enol – Drum | Haziq – Vox , Guitar | Pendi – Guitar

Dalam 7 lagu ni confirm mesti ada 1 lagu jadi favourire aku kan? Huhu. Ok-ok, Lagu “GELAP” adalah lagu favourite aku. Sebabnya, lagu Gelap ni kerap sangat aku putarkan beberapa kali. Confirm tak bosan punya, hehe. Dengan 7 lagu & karya yang dipersembahkan oleh Statik, korang takkan berasa RUGI dapatkan Album Statik. Kamon! Kata Support Band Indie & Karya Tempatan! :D

Untuk  review Album Statik aku berikan 3 BINTANG DARI 5 BINTANG. Yeah! 8)

Serba sedikit Info tentang Statik:

More Info tentang Statik, boleh check kat sini:

- http://www.facebook.com/statiksound
- http://www.myspace.com/statiksound
- http://twitter.com/statiksound

Tags: aku dan kontroversi, band, bintang, cherita kita, gelap, indie, joho, malaya, statik

This entry was posted on Saturday, June 11th, 2011 at 8:16 am and is filed under album review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Album Review : Statik”

  1. Comment by: Lizz | Date: June 15th, 2011 | Time: 6:29 am

    kau memang teror bab2 review album.hehehehe! aku kureng sket. kalau adik aku suke lah indie2 band ni

  2. Comment by: zik | Date: June 15th, 2011 | Time: 7:56 am

    lagu killer gelap lah ek…. indie band nie..sekarang ada market…

  3. Comment by: titan | Date: June 15th, 2011 | Time: 8:16 am

    hoho..best ke lagu-lagu nih? Aku dah lama tak dengar lagu pelik-pelik nih..

  4. Comment by: Hafidz | Date: June 15th, 2011 | Time: 10:55 am

    to Lizz:
    karya indie tak semestinya golongan muda saja yang lain. semua golongan boleh layan. tarak hal punya ;)

    to zik:
    Yup suda ada market & sudah luas pendedahan pada arus muzik perdana. Sebenarnya band-band indie di Malaysia memang berBAKAT! :D

    to titan:
    best bro~
    lagu dia takde lah pelik-pelik sangat. memang sesuai untuk semua golongan. tapi kalo nak aku review band yang menghasilkan karya pelik-pelik aku akan DEDAHKAN ya 8)

  5. Comment by: Rjuna | Date: June 29th, 2011 | Time: 4:21 pm

    Kawan aku bagi 2 sample lagu belum edit, Cherita Kita & Nikmat Sementara terus melekat, masa tu band ni siapa pun tak kenal

    pastu start follow lagu Bintang & Gelap pulak kat Radio X FM
    Rjuna´s last [type] ..#WW: I ♥ Decepticons

  6. Comment by: Hafidz | Date: June 30th, 2011 | Time: 3:21 pm

    layan jangan tak layan bro. tak rugi kita kenal band2 yang memang berbakat :D
    Hafidz´s last [type] ..Kord Gitar : The Times – Spektakular

  7. Comment by: xallehrazax | Date: July 4th, 2011 | Time: 3:59 pm

    macam kenal je komen yang pertama tu,hai kakak C:

Comment Form





CommentLuv badge