Album Review : Spider Kita Satu

Date: 10th / March / 2011 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: album review

Salam. Lama juga aku tak beli dan review album. Maklumlah aku akan beli album karya tempatan yang betul-betul menepati citarasa aku. Bagaimana pula dengan album luar negara? Sama juga, aku akan beli citarasa aku~ Tapi album luar negara mahal la haha :lol:

Entri kali ini aku nak review album Spider Kita Satu. Uniknya album ini, aku tidak membelinya. Isteri aku yang belanja. Wohoo~ Terima Kasih Sayang! :D

Okay. Album Kita Satu dari kumpulan @ band Spider ni adalah album studio mereka yang ke -5. Menampilkan single pertama mereka iaitu “Ajaib” yang kerap diputarkan di stesen radio-radio malaya dan kini sedang popular & mempromosikan single kedua mereka iaitu “Kita Satu“.

Sebelum ini aku tak pernah beli album Spider. Ini baru first time! huhu. Nak kata tak minat tak jugak la. Cuma aku lebih minat kumpulan Spider sebab suka mendengar lagu-lagu melankolik mereka. Antara lagu-lagu melankolik Spider yang aku minat; lagu Mungkinkah Terjadi, Kekal, Relaku Pujuk, Bila Nak Saksi dan tak lupa juga ada satu lagu sempena Hari Raya Aidilfitri, Rindu Raya. Dan lagu-lagu melankolik dari Spider tidak terlalu jiwang sangat. Itu yang aku respect!

Apapun memang berbaloi dapatkan Album Kita Satu. Lagu-lagu dalam album Kita Satu, semuanya “easy listning“. Tidak terlalu heavy dan tidak terlalu meleleh @ jiwang karat sangat, heh. Sesuai juga bila tengah drive kereta sambil dengar @ layan lagu-lagu dalam Album Kita Satu :P

Kesemua Lagu-lagu didalam Album Spider Kita Satu adalah ciptaan Tam Spider Sepenuhnya. Secara keseluruhan ada 7 lagu. 5 Lagu baru + 1 lagu versi piano + 1 lagu live akustik. Ini senarai lagu dalam Album Spider Kita Satu:

1. Ajaib
2. Rasakan Resapkan
3. Kita Satu
4. Tapi Bagaimana
5. BUkan Salah AKu
6. Kita Satu (Versi Piano)
7. Bukan Salah Aku (Live Akustik)

Lagu favourite aku dalam Album Spider Kita Satu ialah lagu KITA SATU, TAPI BAGAIMANA DAN AJAIB :D

Untuk album review Spider Kita Satu aku berikan 3 1/2 BINTANG DARI 5 BINTANG.

So, mari kita support karya dari band Malaysia tanah air kita. Album Spider Kita Satu korang boleh dapatkan diseluruh kedai-kedai muzik cakera padat seluruh Malaysia dengan Harga Berpatutan iaitu RM26.90.

p/s: Kalau dikaji, Spider menghasilkan album-album mereka dalam 2-3 tahun untuk 1 album. Kalau dikira, untuk menghasilkan sehingga 5 album memakan berbelas tahun! Lama Bukan? Heh ;)

Tags: aie, ajaib, kita satu, kord gitar, muzik, nafie, spider, tam, tony

This entry was posted on Thursday, March 10th, 2011 at 11:40 am and is filed under album review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Album Review : Spider Kita Satu”

  1. Comment by: syahrilhafiz | Date: March 11th, 2011 | Time: 10:45 pm

    oo dah ada album rupanya
    ada link nak donload tak.hee
    syahrilhafiz´s last [type] ..Oh! Media FM-Muzik Tanpa Henti Dilancarkan Dengan Rasminya

  2. Comment by: Hafidz | Date: March 13th, 2011 | Time: 7:57 am

    to syahrilhafiz:
    link download takde bro. kang kena tangkap pulak, huhu :lol:
    Hafidz´s last [type] ..Album Review – Spider Kita Satu

  3. Comment by: zik | Date: March 15th, 2011 | Time: 2:41 am

    biarpun amik masa.. yang penting kualiti lagu tuh… menepati citarasa peminat lagu kumpulan spider..
    zik´s last [type] ..Camel spider- labah-labah unta yang menakutkan!!

  4. Comment by: Hafidz | Date: March 17th, 2011 | Time: 9:14 am

    yeah! betul tuh.
    yang penting kualiti dalam menghasilkan album :D

  5. Comment by: darkbatman | Date: March 17th, 2011 | Time: 11:55 am

    err ak kurang minat ngn lagu tempatan..kehkehkeh. tp spider boleh gak layan.

  6. Comment by: Hafidz | Date: March 18th, 2011 | Time: 4:04 am

    oh ye ker? huhu.
    takpa bro sekali sekala layan lagu band malaysia apa salahnya :D
    Hafidz´s last [type] ..Kord Gitar – Spider – Kita Satu

  7. Comment by: soforce.com | Date: March 18th, 2011 | Time: 4:27 am

    Album Review : Spider Kita Satu « Album Review « Hafidz Life…

    kumpulan spider kita satu album review yang sedang popular lagu kita satu dan ajaib…

  8. Comment by: wath | Date: April 12th, 2011 | Time: 3:52 am

    huish!!mmg minat kat spider ni. dari dulu lagi lagu2 dia mmg sedap. wahahahuuuuu!!!

    ptg ni aku nk beli la album ni :D

  9. Comment by: Syamsul Arif | Date: October 17th, 2011 | Time: 9:32 am

    Lagu2 Spider mmg x pnh kcewakn pmnt…the best la Spider

  10. Comment by: Video : Spider – Kita Satu « Video « Hafidz Life | Date: November 17th, 2011 | Time: 6:56 am

    [...] Ini video muzik Spider Kita Satu, single @ lagu yang popular dalam Album kelima dorang, Spider – Kita Satu. Aku pun baru tahu ada video muzik ni. Jadi aku sharekan pada korang. Bila aku dah tonton video [...]

Comment Form





CommentLuv badge