2011 Masihi

Date: 6th / January / 2011 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs

Salam Semua :D

Rasanya masih belum terlambat bukan untuk ucapkan, Selamat Tahu Baru 2011 Masihi! 8) Dan ini adalah entri pertama aku pada tahun 2011 masihi. Tamatnya tahun 2010 masihi, beerti “tutup buku lama”. Kalau sekali baca “buku lama” aku ni memang confirm pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku. Senang kata, kalau diceritakan satu hari peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 masihi sampai esok pun tak habis….. heh.

Permulaan tahun 2011 masihi kali ini, aku agak lepak dan penat sedikit. Sebabnya diakhir @ penghujung tahun 2010 masihi, pelbagai hal-hal yang aku kena setelkan. Antaranya “hal kerja” yang menyebabkan pelbagai peluang yang aku ada terpaksa dilepaskan begitu saja. Yelah, bak kata orang “belum ada rezeki” . Dan pengajaran yang aku dapat, pengurusan masa @ time management sangat penting! Harap ia tidak terlalu kerap berlaku lagi.

Dan bila munculnya tahun baru, aku pasti semuanya akan pasang azam baru kan? Apa azam baru korang? Kalau diceritakan tentang azam tahun baru ni memang banyak benda @ perkara yang nak di”azamkan”. Tapi kali ini aku hanya azamkan satu perkara atau “target” yang amat penting. Ianya tentang “Memiliki Rumah Pertama”. Wah~ hebat bukan azam @ target aku? Heh. Ini adalah langkah pertama aku untuk tahun 2011. Insya’allah aku akan usahakan dan melalui segala urusan “Memiliki Rumah Pertama”. Doakan aku ya! Amin. :D

Hobi aku untuk tahun 2011 masihi dah bertambah lagi satu huhu. Lepas sahaja Demam Badminton, aku jadikan badminton sebagai hobi baru aku. Bukan setakat bermain badminton saja, malah segalanya tentang badminton dari segi sejarah, pemain-pemain, jenama-jenama barang badminton, tips serta skill, port @ kedai sukan yang jual badminton murah tapi bagus dan macam-macam aspek lagi aku pelajari sehinggalah hari ini. Rasanya akan berterusan ni, hihi.

Apapun semoga korang semua relax & enjoy tahun 2011 masihi. Sekarang ni dah macam-macam cabaran yang ada. Contoh aku bagi clue: “Tahun Baru Harga Baru” :lol: So aku doakan agar segala urusan kita semua dipermudahkan, amin. Selamat~

Tags: 2010, 2011, azam, bunga api, firework, masihi, new year, sambutan, tahun baru

Related Posts:

This entry was posted on Thursday, January 6th, 2011 at 9:06 am and is filed under blogs. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “2011 Masihi”

  1. Comment by: Eizil | Date: January 7th, 2011 | Time: 12:06 am

    Selamat tahun baru bro, semoga impian untuk membeli rumah pertama akan berjaya di capai, masih ada banyak masa untuk diusahakan insyaALLAH. :)
    Eizil´s last [type] ..HP Mini 110

  2. Comment by: Hafidz | Date: January 7th, 2011 | Time: 7:28 am

    terima kasih bro bagi semangat & doakan aku.
    selamat tahun baru 2011 masihi~ 8) Hafidz´s last [type] ..2011 Masihi

  3. Comment by: adamfaiz | Date: January 7th, 2011 | Time: 9:07 am

    Masuk rumah baru banyak nak pakai duit..Selamat Tahun Baru
    adamfaiz´s last [type] ..Tahun Baru 2011- Semangat Blogging- Bertunang

  4. Comment by: azizan4444 | Date: January 7th, 2011 | Time: 9:40 am

    tahun baru maka bermulalah kisah hidup baru.hehe..semoga segala impian terlaksan thn ni..
    azizan4444´s last [type] ..Salahkah Aku

  5. Comment by: akubiomed | Date: January 7th, 2011 | Time: 3:23 pm

    Selamat tahun baru. Elok muda-muda sudah aset sendiri kalau tidak duduk boleh buat sewa. Bagus buat perancangan awal. I like :-)
    akubiomed´s last [type] ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha

  6. Comment by: deCrewz | Date: January 7th, 2011 | Time: 8:06 pm

    Salam bro.. 1st time Jai singgah cni…kot..he3
    Selamat tahun baru jugak.. bilalah pulak Jai nak beli umh.. Dok flet x best…ngeeee…
    deCrewz´s last [type] ..Penipuan Shoutbox!!

  7. Comment by: Hafidz | Date: January 8th, 2011 | Time: 2:20 pm

    to adamfaiz:
    tuh la. ni tengah berusaha mengumpul dana sebaik mungkin. doakan ya agar dapat rumah idaman :D

    to azizan4444:
    kisah baru di tahun baru. semoga impian baru terlaksanan juga ya, heh ;)

    to akubiomed:
    thanks bro. yup inilah masanya membina aset keluarga :)

    to deCrewz:
    Salam bro.
    trimas ya singgah di blogs hafidz life.
    bestnya di tahun baru dapat visitors baru, huhu 8) Hafidz´s last [type] ..2011 Masihi

  8. Comment by: soforce.com | Date: January 8th, 2011 | Time: 2:30 pm

    2011 Masihi « Blogs « Hafidz Life…

    entri pertama di blogs hafidz life untuk tahun 2011 masihi bulan januari…

  9. Comment by: zik | Date: January 8th, 2011 | Time: 3:39 pm

    selamat tahun baru bro hafidz… sorryla lambat datang ke blog bro… huhu…. semoga apa yang direncanakan terlaksana.. rumah idaman ..
    zik´s last [type] ..Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!

  10. Comment by: lizz | Date: January 9th, 2011 | Time: 6:48 am

    selamat tahun baru hafidz…aku doakan semua yang kau rancang untuk tahun ni…terlaksana.amin.hehehehe
    lizz´s last [type] ..Jangan Main Futsal Kalau

  11. Comment by: Rjuna | Date: January 10th, 2011 | Time: 8:05 am

    anak baru dah dapat belum? pelan pelan kayuh, niat yang baik insyallah tuhan makbulkan amin
    Rjuna´s last [type] ..Freemium Burung Marah versi PC

  12. Comment by: Lee | Date: January 10th, 2011 | Time: 8:34 am

    Selamat tahun baru..moga 2011 lebih terbaekkk!!!

Comment Form





CommentLuv badge