Demam Badminton

Date: 16th / December / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs, sports

Salam semua.

Aku baru saja selesai menyertai pertandingan badminton. Saja la aku nak join. Kononnya nak biarkan badan ni berpeluh dan sihatkan badan. Aku ni lama sangat tak main badminton. Last sekali aku layan badminton masa aku sekolah menengah, heh :P

Mulanya, aku nak pinjam jer raket badminton. Tapi rasa macam tak lengkap pula kalau nak ber”badminton” tapi equipment takda. So aku beli la raket dan kasut sukan ( Aku main beli jer. Maklumlah tak pernah bersukan sejak-sejak bekerja ni). Baju dan seluar sukan aku pakai sebarang jer. Ni kira buat cukup syarat jer la.

Sebelum 3-4 hari pertandingan badminton tuh bermula, member-member ajak la training kat court badminton. Pun aku layankan jugak. Agak semput jugak la aku training, huhu. Setel training kira boleh la aku tau skit-skit cara & skill badminton 8)

Nak jadikan cerita, tibalah hari pertandingan badminton tuh. Pusingan pertama aku dapat kalahkan la pihak lawan. Cewahhh~ Tapi separuh nafas jugak la aku layankan, hihihi. Kemudian aku rehat sebentar dan tunggu kesemua perlawanan pusingan pertama selesai.

Dan tiba la pusingan kedua sampai giliran aku… Alamak! Pihak lawan aku kali ni lawan dengan member aku. Kena pula tuh dia paling terror main badminton. Fuh~ Aku da mengeluh, ni confirm kalah! Dan ternyata ramalan aku memang tepat! Aku kalah dalam perlawanan pusingan kedua, damn~ Dan member aku telah menjadi juara dalam pertandingan badminton tuh.

Aku da rasa geram + kecewa. Takpa lah takda rezeki. Bak kata orang, “gagal sekali bukan gagal selamanya”. Tapi aku bangga juga la member aku tuh jadi juara. Kira aku tumpang sekaki la pegang hadiah yang dia menang, huhuhu. Lepas jer pertandingan badminton, aku dah “DEMAM BADMINTON“. Aku terus buat research & latihan tentang badminton sekarang ni. Aku beli equipment yang sepatutnya untuk badminton, (aku beli raket yang sesuai untuk tahap aku).


( Ni Aku punya raket yang terkini: Yonex Arcsaber 100 Limited Edition~ 8) )

Insya’allah aku nak “jumpa” balik member aku tuh, heh. Maka bermulalah perjalanan aku training badminton. Tengoklah berjaya atau sebaliknya aku dalam badminton (eceh). Kalau tak pun aku jadikan salah satu hobi saja. Bila dah jadi hobi, kenalah tau selok-belok pasal badminton ni.

p/s: Sekarang aku tengah rajin tengok star2 @ atlet badminton punya skill kat youtube. Antaranya Datuk Lee Chong Wei, Taufik Hidayat, Peter Gade, Lin Dan & tak lupa juga otai-otai adik beradik Sidek :D

Tags: arcsaber 100 limited edition, badminton, demam, pertandingan, racket, sukan, training, yonex

Related Posts:

This entry was posted on Thursday, December 16th, 2010 at 6:08 pm and is filed under blogs, sports. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Demam Badminton”

  1. Comment by: Loq | Date: December 17th, 2010 | Time: 7:45 am

    Badminton antara sukan yg aku minat selain daripada sprint dan high jump.
    Loq´s last [type] ..New theme for Loqmankarimcom

  2. Comment by: MR.Z | Date: December 17th, 2010 | Time: 3:05 pm

    bila kita dah minat sesuatu benda, kita akan berusaha mengapainya.. sukan yang bagus ni.. hehe
    MR.Z´s last [type] ..Generasi Model Terbaru Proton Persona R

  3. Comment by: akubiomed | Date: December 17th, 2010 | Time: 3:38 pm

    Sekarang sewa court badminton dan nak beli bulu tangkis pun dah naik harga. Saya kalau main badmintor double kalau single tak larat
    akubiomed´s last [type] ..Syyh Aslah nak tidur

  4. Comment by: soforce.com | Date: December 19th, 2010 | Time: 4:14 am

    Demam Badminton « Blogs « Hafidz Life…

    sukan badminton yang telah menarik minat dan hobi baru aku….

  5. Comment by: Hafidz | Date: December 19th, 2010 | Time: 4:54 am

    to loq:
    high jump? Wah cool bro! 8)

    to Mr. Z:
    yup, aku nak kasi badan aku cergas nih :D

    to akubiomed:
    yup, kos untuk badminton sekarang ni semuanya dah mahal! Kata galakkan main badminton, tapi kos mahal fuh~
    Hafidz´s last [type] ..Demam Badminton

  6. Comment by: Ammi | Date: December 21st, 2010 | Time: 3:07 am

    hafidz.. gigih ni main badmintan… bagus2.. keep it up..

  7. Comment by: Ammi | Date: December 21st, 2010 | Time: 3:08 am

    berapa harga badmintn tu ek.. ???

  8. Comment by: suri | Date: December 21st, 2010 | Time: 8:45 am

    oh badminton mmeg ramai yang menyukainya :)

    senaman yang mudah kelrkan peluh dari badan kita

  9. Comment by: aMy | Date: December 22nd, 2010 | Time: 1:02 am

    felamak, tengok racket pun tau dah ni mesti terel men badminton ! ehehe
    aMy´s last [type] ..• Bearry Xmas •

  10. Comment by: Amirez | Date: December 22nd, 2010 | Time: 12:41 pm

    best tak arcsaber 100 ni? ingat nak beli raket baru hehe. sekarang ni guna nanospeed 9000. ada peluang bleh kita sparring :)
    Amirez´s last [type] ..Jangan Makan Ketika Membaca

  11. Comment by: zik | Date: December 22nd, 2010 | Time: 6:43 pm

    lama tak main badminton nie… aku nie sekarang demam.. bukan demam badminton..hehe
    zik´s last [type] ..Televisyen 3D pertama didunia keluaran Toshiba dilancar di Jepun!!

  12. Comment by: lizz | Date: December 23rd, 2010 | Time: 3:11 pm

    aku dengan badminton tak leh pisah dari kecik lagi.hahahaha!!! memang dah biasa main dengan abang2 n adik. lagi2 time musim game kat tv, rancak ar kan ;)
    lizz´s last [type] ..Oh Yeah!!Jangan Give Up Please!

  13. Comment by: Amirez | Date: December 23rd, 2010 | Time: 6:06 pm

    ramai rupanya blogger yang minat main badminton. apa kata buat friendly badminton antara blogger eheh. macam tak tercapai je :P
    Amirez´s last [type] ..Jangan Makan Ketika Membaca

  14. Comment by: mancai | Date: December 24th, 2010 | Time: 10:10 am

    lama betul tak layan badminton… jenama yonex memang menjadi pilihan ramai
    mancai´s last [type] ..apa itu kerja berpasukan

  15. Comment by: adamfaiz | Date: December 27th, 2010 | Time: 2:08 pm

    Warm up secukupnya bro..elakkan kecederaan
    adamfaiz´s last [type] ..Cuti-cuti Duduk Rumah

  16. Comment by: Rjuna | Date: December 31st, 2010 | Time: 7:31 am

    Peh mcm mahal jer raket tu, hati-hati bro kalau penat berhenti, ada pakcik surau aku meninggal lepas main badminton, ingatkan dia rehat, sekali dah tak bernafas dah, dah ajal barangkali
    Rjuna´s last [type] ..Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

  17. Comment by: 2011 Masihi « Blogs « Hafidz Life | Date: January 6th, 2011 | Time: 9:06 am

    [...] aku untuk tahun 2011 masihi dah bertambah lagi satu huhu. Lepas sahaja Demam Badminton, aku jadikan badminton sebagai hobi baru aku. Bukan setakat bermain badminton saja, malah segalanya [...]

  18. Comment by: Hafidz | Date: January 7th, 2011 | Time: 7:23 am

    to Ammi:
    Harga raket arcsaber 100 yonex all england 100th aniversary tuh dalam RM600++ kalau tak silap.
    Tak tentu, kalo dapat kedai yang best boleh dapat harga yang best, huhu.

    to suri:
    yup, di Malaysia badminton salah satu sukan pilihan :D

    to aMy:
    still belajar lagi pasal badminton nih. nak tggu terer makan masa juga nih, haha.

    to zik:
    kalo demam biasa kena pegi klinik & makan ubat bro, hehe.

    to lizz:
    ok lah tuh dari kecik didedahkan dengan badminton. ni confirm terer main kan?

    to Amirez:
    buat friendly main badminton antara blogger? fuh hebat tuh beb! Ada sapa mau join? 8)

    to mancai:
    brand yonex tuh kira memang top la dalam badminton nih. tidak kurang juga brand yang lain ;)

    to adamfaiz:
    yeah, memang kena panaskan badan dulu. baru boleh main badminton :D

    to Rjuna:
    boleh tahan mahal la harga dia.
    fuh, itu memang dah ajal pakcik tuh.
    qada’ & qadar~
    Hafidz´s last [type] ..2011 Masihi

Comment Form





CommentLuv badge