Movie Review : Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Date: 10th / October / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: movie review

Filem: Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Pengarah: Ahmad Idham
Penerbit: MIG Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Cat Farish (Asmat), Mazlan Pet Pet (Punai), Lisa Surihani (Mustika), Azlee Senario (Pak Mor), Nora Danish (Seha), Bob KU2 (Wak Ketari), Ruminah Sidek (Bomoh Jawa), Ebby Yus (Bomoh 1)

Salam. Aku baru sahaja selesai menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 bersama Isteriku & sepupu aku. Kebetulan aku layan filem ni pada tayangan “midnight“, saja layan waktu tengah malam huhu.

Okay, kalau korang nak tonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2, korang patut menonton dahulu filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang pertama. Sebab permulaan filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ni terus dimulakan dengan sambungan babak dari filem yang pertama.

Ianya bermula Pak Mor “kononnya” cedera selepas membantu Punai, Asmat dan Johan menghalau @ menewaskan Mustika. Rupa-rupanya beliau hanya berlakon sahaja. Pak Mor dan Mustika mempunyai hubungan dan hajat @ niat mereka hanya ingin mewarisi saka & harta arwah Pak Sudir (datuk kepada Punai, Asmat dan Johan) supaya mereka berdua kekal muda selamanya.

Berbalik pada Punai, Asmat dan Johan. Dorang bertiga menyangka dorang dah pulih dari mewarisi saka arwah datuk mereka. Jadi Johan membuat keputusan untuk sambung belajar di luar negara. Maka tinggalah Asmat dan Punai berdua. Dorang berdua ni bila tidur malam sahaja selalu didatangi mimpi-mimpi seram! Kebetulan dorang berdua ni berniaga warung dan perniagaan dorang juga selalu “diganggu”. Kira pelbagai kejadian pelik yang berlaku @ menimpa pada dorang berdua ni. Mereka berdua berpendapat mereka terkena “badi hantu”! Sebenarnya kejadian pelik tersebut berpunca @ angkara Pak Mor dan Mustika yang inginkan saka yang diwarisi Asmat & Punai.

Disebabkan Asmat dan Punai ingin membuang badi hantu, maka mereka berdua nih berusaha berjumpa bermacam bomoh-bomoh. Tapi segala usaha beliau “gagal” dan menemui jalan buntu. Hinggalah satu malam arwah datuk mereka, Pak Sudir “muncul” di rumah mereka. Pak Sudir berpesan kepada mereka untuk berjumpa dan berguru ilmu bomoh dengan “Wak Ketari” di kawasan utara semenanjung.

Dan mereka pun pergi berjumpa Wak Ketari dan berguru dengan beliau.  Namun pemergian Asmat dan Punai berjumpa dan berguru dengan Wak Ketari telah dapat dikesan oleh Pak Mor dan Mustika. Semasa mereka berdua belajar ilmu bomoh, Asmat & Punai ni memendam perasan “Cinta” kepada anak Wak Ketari, Seha. Kerana mereka berdua ini minat dengan si Seha, Asmat dan Punai sering bergaduh sesama sendiri. Disebabkan masing-masing cemburu dan ingin menawan hati Seha, Pak Mor dan Mustika akhirnya menemui cara untuk menghapuskan Asmat dan Punai. Mereka berdua mengambil peluang dan kesempatan ini.

Dan bermulalah pelbagai babak dan peristiwa sepanjang filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2….

Mari tonton trailer Jangan Pandang Belakang Congkak 2:

Ini antara babak menarik bagi aku filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2:

Itu serba sedikit review dan babak menarik bagi aku dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Untuk filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 aku berikan 3 BINTANG DARI 5 BINTANG. Filem ni boleh dikatakan best dan memang sesuai untuk diklasifikasikan genre KELAKAR SERAM. Bagi aku kalau korang seorang peminat Jangan Pandang Belakang Congkak yang pertama korang mesti tonton ;)

Okay itu sahaja review aku. Jumpa di Movie Review yang akan datang pula 8)

Tags: artis, bomoh, filem, jangan pandang belakang congkak 2, kelakar seram, melayu, Metrowealth, MIG Production, wayang

This entry was posted on Sunday, October 10th, 2010 at 4:55 pm and is filed under movie review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Movie Review : Jangan Pandang Belakang Congkak 2”

  1. Comment by: zik | Date: October 11th, 2010 | Time: 12:15 am

    wah best2…tak tengok lagi nie bro..huhu
    zik´s last [type] ..12maut- nahas kemalangan di Seremban

  2. Comment by: Amirez | Date: October 11th, 2010 | Time: 4:11 am

    macam menarik.
    Jangan Pandang Belakang Congkak 1 dulu aku sempat tengok kat panggung.
    tapi sakit telinga bila Mazlan ni setiap kali bukak mulut mesti memekik.
    suara dia kan lantang. dalam sekuel ni dia pekik2 tak?
    Amirez´s last [type] ..Download Liar Game- The Final Stage

  3. Comment by: soforce.com | Date: October 11th, 2010 | Time: 12:15 pm

    Movie Review : Jangan Pandang Belakang Congkak 2 « Movie Review « Hafidz Life…

    review filem jangan pandang belakang congkak 2…

  4. Comment by: suri | Date: October 11th, 2010 | Time: 1:23 pm

    tak sabar tgok ctr ni heee… tgok kt umh blh le..kena bli cd dia ..huhu..

  5. Comment by: suri | Date: October 11th, 2010 | Time: 1:28 pm

    zik org buang snag jer pgi sorg2 mjadi..klu org dah ada ank mmg sush skit nak ke sana heeee

  6. Comment by: lizz | Date: October 12th, 2010 | Time: 3:28 am

    aku pernah tengok yang 1 punye tapi macam tak best, ke aku yang set2 tak leh terime lawak sengal kot.tapi, tetap nak tengok yang ni.kot2 boleh terime lak.heheheheeh

  7. Comment by: h3r0 | Date: October 12th, 2010 | Time: 5:11 am

    aku lama tak tgk wayang nie… rasa cam teringin gak nk tgk..

  8. Comment by: syahrilhafiz | Date: October 12th, 2010 | Time: 9:23 am

    huhu..tak pi tengok lagi..
    lepa cakap best..
    ah tunggu download je la..ekeke
    syahrilhafiz´s last [type] ..Sitemap jalan pintas carian bila “url not found”

  9. Comment by: aizuddin | Date: October 12th, 2010 | Time: 11:41 am

    yg 1st dgn 2nd mana lagi best?yg 1st boleh lah tahan..
    aizuddin´s last [type] ..Contest Menang Iphone 3g Secara Percuma

  10. Comment by: Loq | Date: October 12th, 2010 | Time: 11:57 am

    Good,Lisa Surihani ada weyyy! :D

  11. Comment by: Hafidz | Date: October 12th, 2010 | Time: 12:58 pm

    to zik:
    kena tengok ni bro.

    to Amirez:
    ada juga si Mazlan ni memekik.
    tapi sikit jer kalo tak silap, huhu.

    to suri:
    nanti kalo da kuar VCD Jangan Pandang Belakang Congkak 2, jangan lupa beli ya ;)

    to lizz:
    try la tonton.
    kot-kot boleh terima pula untuk filem kali ini.

    to h3r0:
    wokeylah tuh.
    Pergi la tonton wayang bro~ :D

    to syahrilhafiz:
    heh, download la bro :P

    to aizuddin:
    bagi aku dua-dua filem best.
    cuma yang kedua ni kita boleh tau kesudahan ceritanya.

    to Loq:
    Heh, minat Lisa Surihani nampak bro? 8)
    Hafidz´s last [type] ..Kord Gitar – Yuna Dan Sebenarnya

  12. Comment by: menteil | Date: October 12th, 2010 | Time: 10:28 pm

    aku tunggu versi donlot jer lah.. hehe..
    tapi baca review ko nie macam best jer…
    menteil´s last [type] ..Umur Baru Tema Baru

  13. Comment by: pawaka19 | Date: October 13th, 2010 | Time: 1:27 pm

    tak tahan tngok nora danish
    pawaka19´s last [type] ..Kapal Terbang Yang Terbang Seperti Burung

  14. Comment by: darkbatman | Date: October 13th, 2010 | Time: 2:53 pm

    aaa.cite paling kelakar n best..ahaha
    darkbatman´s last [type] ..Gambar Badan Lelaki Berbulu

  15. Comment by: mancai | Date: October 13th, 2010 | Time: 5:40 pm

    dah beranak pinak ni lama tinggal bab wayang2… tunggu je la kat asro kuar nampaknya… tapi yang first pun ok gak citer…

  16. Comment by: Hafidz | Date: October 14th, 2010 | Time: 2:02 pm

    to menteil:
    tak kisah bro.
    kalo nak hiburkan hati, sila tonton filem ni ya ;)

    to pawaka19:
    nape tak tahan bro?

    to darkbatman:
    ya betul, memang kelakar! :lol:

    to mancai:
    okay la kalo ada astro.
    boleh tonton pelbagai filem :D
    Hafidz´s last [type] ..Selamat Datang Maxis Broadband!

  17. Comment by: Wan Perlis | Date: October 21st, 2010 | Time: 12:56 pm

    hehe berlakon kat kampung aku kot

  18. Comment by: ARieF | Date: October 28th, 2010 | Time: 6:56 pm

    cerita ni agak slow..
    tp xpe..
    asalkan ada nora danish..
    hehehe
    ARieF´s last [type] ..6 ALASAN UNTUK MENJADI JURURAWAT

  19. Comment by: Norsyafrizal | Date: November 29th, 2010 | Time: 4:01 am

    knapa kat sibu tak masuk dlam wayang cite ni…haiya….cd pun takde…aiyoyo…i want to watch this movie…

Comment Form





CommentLuv badge