Jatuh Bangun Kembali
Salam untuk kawan-kawan bloggers semua
Happy October 2010!~
Wow! Tak sangka da masuk bulan October dan hampir tiba penghujung bulan Syawal 1430 Hijrah. Hampir seminggu juga tiada update. Maklumlah sekarang ini aku tiada talian broadband lagi.
Kenapa ya?
Sebelum ni ada postkan entri “Broadband bertukar ke Berukband?” Yup ia entri tentang kekecewaan perkhidmatan broadband yang aku subscribe @ langgan. So disebabkan terlalu kecewa aku terpaksa “terminate line internet“. Tak mengapalah aku halalkan bil yang aku bayar berbulan-bulan tu walaupun nak dikirakan aku dapat surfing internet boleh kira pakai jari. Kalau nak ceritakan isu broadband @ berukband memang takkan habis. Buat sementara ni aku jalankan aktiviti surfing kat restoran mamak. Bukan setakat surfing internet, restoran mamak ni siap ada cas bil elektrik lagi kat customer. Maklumlah sekarang ni mana la ada sesuatu yang free. Aku rilek dulu seminggu dua ni tanpa talian internet mungkin aku try pakai mobile broadband pula. Em nak pakai celcom, digi or maxis broadband? Korang ada cadangan tak?
Seperkara lagi sebelum ini aku ada sedikit ke “kusut” an. Senang cerita ada masalah. Rasanya boleh dikatakan ujian “kejatuhan” dalam kehidupan aku. Sebenarnya BAHAYA kalau dilanda “kejatuhan” @ kesusahan. Terasa hidup ni susah @ perit sangat bila pelbagai masalah yang datang. Dulu masa bujang, bila aku ditimpa kesusahan tak tahu nak kongsikan @ luahkan pada siapa. Sekarang ni Alhamdulillah, bila sudah berkahwin, aku kongsikan masalah & cari penyelesaian dengan Isteri aku. Terima kasih Sayang~
Kita Jatuh Dan Bangun Kembali!
Mungkin itulah dia kehidupan. Ada masa kita senang dan ada masa kita susah. Satu pengajaran bagi aku dan moga selepas ini segala urusan, kehidupan dan sebagainya dipermudahkan oleh-NYA Insya’allah
Selepas ini aku akan update entri baru melalui internet di restoran mamak, mungkin di cyber cafe atau kasi tak pening kepala lagi aku try and error subscribe @ langgan mobile broadband. Jangan lupa ya kawan-kawan kasi cadangan mobile broadband apa yang best & cun pada korang.
Take care~
Tags: bangun, berukband, jatuh, kekanda adinda, kembali, line internet
Related Posts:
11 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Jatuh Bangun Kembali”
-
-
Comment by: Eizil | Date: October 5th, 2010 | Time: 1:43 am
Aku stakat ni pakai celcom broadband, nak kata bagus sangat tuh takder aa kan, tapi boleh aa aku nak buat keje, update blog dah perkara-perkara yang melibatkan dunia online ni.
Semoga akan terus bangun dari kejatuhan sebelum ini…
Eizil´s last [type] ..Anda ingin belajar WordPress dengan lebih mendalam -
Comment by: Ali ridha | Date: October 5th, 2010 | Time: 6:31 am
internet guna line utk telefon.
celcom n digi lah.dengar kata
maxis ni bil bulanan akan
melambung ke rm1xxx lebih tu.bukan aku yg kata tau.
Ali ridha´s last [type] ..Pak cik Hitler dan masalah iphone4 -
Comment by: Hadi Rofiee | Date: October 5th, 2010 | Time: 9:48 am
Kehidupan adalah guru yang terbaik bagi sesiapa yang menyedarinya.
-
Comment by: Loq | Date: October 7th, 2010 | Time: 5:14 pm
Gua guna streamyx.Kadang2 pun fedup
-
Comment by: pawaka19 | Date: October 9th, 2010 | Time: 1:17 pm
berukband mmg menyakidkan hati walaupon 4.0 Mbps pon mesti sakit ati gak..
pawaka19´s last [type] ..Kini Saya Sudah Bergelar Graduan -
Comment by: wazy | Date: October 10th, 2010 | Time: 3:40 am
Aku pernah guna broadband kawan
sakit hati gak la nak check email,nak tunggu laoding habis je dekat 10-15 minit
wazy´s last [type] ..E-Book Menarik Tentang SEO -
Comment by: Hafidz | Date: October 10th, 2010 | Time: 7:49 am
to Jasmine:
Yup, lepas ni welcomen 2011~ huhuto Eizil:
Oh pakai celcom ya bro?
Ya terus bangun! =)to Ali Ridha:
Woh itu macam ka?
Thanks bro. Aku stil survey2 lagi nih =)to Hadi Rofiee:
Ya, syukurlah kita semua menyedarinya
to Loq:
Ok la pakai streamyx.
Bole layan torrent, hiks
to pawaka19:
Tuh la, harap ada perubahan yang positif la broandband di negara kita
to wazy:
Fuh~ check email pun sampai 10-15 minit?!
Memang terbaik tuh kui3
Hafidz´s last [type] ..Butterfingers – 1000 Tahun Mau Hidup -
Comment by: mancai | Date: October 10th, 2010 | Time: 8:45 am
aku pakai celcom sahaja… apa pun selagi server malaysia kat taiwan belum di bawak balik.. semua perkhidmatan sama sahaja…. harga je yang berbeza…
-
Comment by: Hafidz | Date: October 11th, 2010 | Time: 12:16 pm
to mancai:
Oh itu macam ka bro?
Baru aku tau server Malaysia ni ada kat taiwan.
Hafidz´s last [type] ..Movie Review – Jangan Pandang Belakang Congkak 2 -
Comment by: sam | Date: February 1st, 2012 | Time: 1:27 pm
Saya guna YES dari YTL Ok tiada komitmen disamping P1 Wimax ada juga problem kalau hujan




haha benci sudah OCTOBER !!! dah nak hujung tahun