Broadband bertukar ke Berukband?

Date: 20th / September / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs, broadband

Salam.

Entri kali agak “main kasar” sedikit, heh.

Kali ini aku da merasa “fed up” tentang penggunaan broadband kat rumah aku nih. Aku kalau setakat sebulan network @ line slow a.k.a lembab takpa. Aku still lagi bersabar. Ini da sampai 3 bulan masih lagi ada masalah. Mula lah rasa marah yang amat sangat, fuh!~

Aduhai…..
Kadang pening juga memikirkan.
Sebab akhir bulan ni aku kena terminate line internet (lagi). Lepas tu tak ke satu kerja nak pergi cari @ survey brand broadband yang lain. Nak apply dah nak kena bayar itu dan ini baru la boleh balik rumah dan start surfing kembali dengan “Jenama Jalur Lebar Yang Baru” (lagi sekali). Lepas memula pakai okay jer, kemudian tak lama mulalah datang penyakit yang sama (LSL = line slow lembab) walaupun bukan sebab bandwidth quota dah habis @ over limit.

Wow!
Sangat penat lah kalau selalu berlaku begini.
Serious beb!
Memang penat!

Takkan aku nak ngadap benda @ masalah yang sama jer.

Tolonglah faham, kita langgan broadband & bayar setiap bulan itu untuk apa?
Untuk complain line slow ke?
Untuk tengok file yang bersaiz 100KB di download dengan mengambil masa setengah jam ke?
Untuk restart modem dengan kerap ke?

Amat MUSTAHIL @ PELIK kalau itulah SEBABNYA.

Apapun memang confirm la bulan depan aku pakai jenama broadband yang lain. Harap lepas ni tiada lagi la masalah-masalah yang dalam kategori MASALAH BESAR pada broadband @ jalur lebar nih. Ini nasib baik line tengah okay untuk aku update blogs walaupun hakikatnya memang payah sangat nak dapat “line yang sedang okay”. Mungkin rezeki aku hari ini dapat update @ post entri kat blogs ni.

Kalau aku tak dapat update & singgah ke blogs korang semua aku susun jari mohon maaf ya. Rasanya korang faham kan apa sebabnya, heh :P

Jumpa lagi k!
Take care. :D

Tags: berukband, complain, internet, jalur lebar, line lembab, malaya, network slow, potong, sucks

Related Posts:

This entry was posted on Monday, September 20th, 2010 at 4:19 pm and is filed under blogs, broadband. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Broadband bertukar ke Berukband?”

  1. Comment by: sabree hussin | Date: September 20th, 2010 | Time: 4:57 pm

    broadband ape tu? saya pun kerap tukar2 broadband sebab kualiti yang teruk dan pilih kasih.. ops silap pilih kawasan.

    Tapi akhirnya, mungkin masalah bukan pada broadband, tapi pada moderm hhu

  2. Comment by: Faarihin | Date: September 20th, 2010 | Time: 4:59 pm

    guna line streamyx..
    pasti tak fed up selalu… hehehe..

    selamat hari raya tuan umah.. (^__^)
    Faarihin´s last [type] ..Selamat Hari Raya

  3. Comment by: zik | Date: September 20th, 2010 | Time: 5:19 pm

    blik kg hari tuh… tk boleh guna lgsung berukband nie…ggrrrr. yela 3g takda lg….. kt kl nie ok la…. tapi kdg2 pun buat hal jugak…..internet skrg nie keperluan…
    zik´s last [type] ..Rakyat Malaysia belanja RM342 bilion untuk Kosmestik tahun ini

  4. Comment by: feez | Date: September 20th, 2010 | Time: 5:46 pm

    saye pon gune beruk band niy..hahaha..dan baru2 ni dpt msej band with dh abes digunakan..sedihnye..padahal tiap2 bulan byar kowt..so mulelah line cam siput…huhu..

    seb baik kat umah pon ade PC gune TM modem~streamyx..

    memang baeeekk punyee. :P
    feez´s last [type] ..Tak perlu angkat sumpah pon

  5. Comment by: x-po | Date: September 20th, 2010 | Time: 6:17 pm

    panggilan berukband lagi sesuai dan comel..hehe geram yg teramat sgt
    x-po´s last [type] ..SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGUNCI MOTOR

  6. Comment by: khairolghani | Date: September 21st, 2010 | Time: 12:17 am

    Alhamdulillah,aku pakai Streamyx,tak alami la masalah macam ni..ko pakai berukband apa?wife aku pakai berukband celcom memang lembab giler..
    khairolghani´s last [type] ..Rezeki tak disangka-sangka -2

  7. Comment by: ken | Date: September 21st, 2010 | Time: 3:38 am

    masih guna streamyx.. okay la.. =)
    ken´s last [type] ..Those Were The Days in Leeds

  8. Comment by: MR.Z | Date: September 21st, 2010 | Time: 5:18 am

    memang ramai mengadu masalah berkaitan berukband ni.hehe
    pakai streamyx.. sure puas hati :D
    MR.Z´s last [type] ..Blog Diserang Malware dan Cara Mengatasinya

  9. Comment by: Eizil | Date: September 21st, 2010 | Time: 7:39 am

    Akunyer celcom broadband stakat ni masih setia berkhidmat, kadang2 dia ada gak aa meragam, tapi jarang-jarang. mungkin dia takut kot aku menduakan dia… :D
    Eizil´s last [type] ..Bagaimana mencuci dakwat marker di pakaian

  10. Comment by: syahrilhafiz | Date: September 21st, 2010 | Time: 9:53 am

    celcom aku ni selalu buat hal gak..
    CSL (cam sial lorh)…haha
    syahrilhafiz´s last [type] ..Ancaman Malware Melanda

  11. Comment by: kulanz | Date: September 21st, 2010 | Time: 4:14 pm

    huh.. aku pakai streamyx pun teruk juga.. selalu x dapat connection.. mmg bikin panasss
    kulanz´s last [type] ..Innity diserang malware

  12. Comment by: sufian | Date: September 22nd, 2010 | Time: 4:18 pm

    nak tukar, survey2 dulu orang lain..
    aku punya streamyx ok (setelah tukar password), tapi ramai dlm internet kata tak ok..

  13. Comment by: suri | Date: September 23rd, 2010 | Time: 2:34 pm

    klu kt ipoh ok lagi sb pkai lien setimix..tapi klu pakai cek celcom brodband mmg cam siput tersedut2 adeh…

    tuh yang nak berblog wat kita lemh smgt jer heeee

  14. Comment by: Hafidz | Date: September 23rd, 2010 | Time: 3:20 pm

    to sabree:
    cuba tengok gambar modem diatas.
    tuh la broadband yang saya pakai, fuh~

    to Faarihin:
    Area rumah streamyx punya line pun ada prob juga sebab dah pernah pakai.

    to zik:
    Ya!
    Sangat setuju.
    Internet memang keperluan sekarang nih~

    to feez:
    bagus la kalo kat rumah line baek punya, heh.

    to x-po:
    maunya tak geram bro,
    aku pun da penat menyabar nih, huhu.

    to khairolghani:
    cuba tengok gambar modem diatas tuh bro ;)

    to ken:
    nasib baik la okay ken 8)

    to Mr. Z:
    wah nampaknya ramai yang streamyx dan pengalamannya sungguh baik sekali.

    to Eizil:
    Hebat sungguh tuh.
    Siap macam tau nak menduakan broadband, hiks ;)

    to syahrilhafiz:
    haha.
    cara bro.
    CSL, kui kui kui :lol:

    to kulanz:
    sabar bro.
    hati sapa tak panas bila line slow.
    fuh~

    to sufian:
    streamyx pun mungkin ikut kawasan juga la rasanya nak tau ok ke tak.

    to suri:
    Yup!
    Bila line slow macam siput dan kura-kura, memang confirm mood blogging hilang begitu saja.
    Rugi-rugi~
    Hafidz´s last [type] ..Movie Review – Step Up 3D

  15. Comment by: Hadi Rofiee | Date: September 24th, 2010 | Time: 1:12 pm

    Macam2 dengar pasal Broadband ni.

    Setakat ni, saya pakai streamyx, Alhamdulillah, ok ja.

    Sabar ya Bro. :-)

  16. Comment by: Ali ridha | Date: September 25th, 2010 | Time: 4:36 am

    biasa la tu.masa tu aku guna
    broadband.ok je.bila dah bayar.
    mula dtg penyakit jahat.lembap
    nak mampus………….
    Ali ridha´s last [type] ..Main WIFI Restoran Permai Baru

  17. Comment by: Hafidz | Date: September 28th, 2010 | Time: 2:57 pm

    to Hadi Rofiee:
    Nasib baik streamyx kat tempat anda tiada prob 8)
    Memang sedang bersabar juga nih, huhu.

    to Ali Ridha:
    Itulah perkara yang menyakitkan hati dalam menggunakan berukband nih, huh~
    Hafidz´s last [type] ..They Will Kill Us All – The Great Glass City

  18. Comment by: Jatuh Bangun Kembali « Blogs « Hafidz Life | Date: October 4th, 2010 | Time: 8:11 am

    [...] ni ada postkan entri “Broadband bertukar ke Berukband?” Yup ia entri tentang kekecewaan perkhidmatan broadband yang aku subscribe @ langgan. So [...]

  19. Comment by: Mazri Zani bin Abdul Hamid | Date: October 4th, 2010 | Time: 8:40 am

    Aku guna yg maxis punya. Rasa ok la kot. Laju semacam je tapi kalau dah guna over bandtwith jadi slow gak..ada org cakap singapore punya broadband unlimited..betul ke?
    Mazri Zani bin Abdul Hamid´s last [type] ..Kamera video rakam UFO

  20. Comment by: Paksu-it | Date: September 12th, 2011 | Time: 12:10 am

    Berukband.. ehehehe… sy dah terminate berukband.. skg pakai TMnux atau stimix.. ahaha.. a.k.a streamyx le…
    Paksu-it´s last [type] ..Cara Melajukan Download Speed uTorrent 100% Berkesan

Comment Form





CommentLuv badge