Satu September 2010

Date: 1st / September / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs

Salam Semua.
Salam Satu haribulan September Dua Ribu Sepuluh
Salam Kemerdekaan ya~

OK, sebenarnya aku kurang sihat untuk beberapa hari ni. Jadi aku menjadi “jarang” untuk online lelama. Kebetulan pula line internet kat rumah aku ni tersangat suck, fuh~ Sabar~

Alhamdulillah, syukur kita telah pun berada di bulan September 2010 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1431 Hijrah. So bagaimana pengalaman korang semua pada bulan Ogos 2010? Harap-harap OKAY ya!

Bagaimana dengan aku pula ya?

Kalau korang baca entri melankolik aku yang bertajuk “malam merdeka” seolah-olah aku plan macam nak buat sambutan malam merdeka. Kononnya la kan~ Tapi tak menjadi pula. Baiklah disini aku ceritakan sedikit rentetan peristiwa apa yang berlaku pada hujung bulan Ogos 2010:

  • Sememangnya aku nak jalan-jalan bersama Isteri aku pada malam merdeka, namun aku dilanda demam pula lepas pulang waktu kerja, huhu. So tak jadi pula planning aku. Terbaring aku kat katil. Demam merdeka merangkap demam raya la nih~ Haru biru~ 8)
  • Alhamdulillah walaupun demam, aku dapat juga berpuasa penuh pada keesokkan harinya (31 Ogos 2010)
  • Dan sekadar aku nak mencatit sejarah untuk diri aku sendiri, aku berjumpa amil untuk membayar zakat fitrah pada tarikh penting iaitu 31 Ogos 2010
  • Alhamdulillah aku dapat bayaran dari “seseorang” yang berhutang dengan aku. Selesai juga akhirnya untuk selesaikan hutang tersebut. Aku pun tak perlu nak pening.
  • Dan aku bersyukur sangat-sangat boss bagi Bonus Aidilfitri untuk kali ini. Walaupun ada pihak yang dengki periuk nasi aku, tapi realitinya doa orang yang teraniaya mudah dimakbulkan. Agak terharu juga~ 8)

Baiklah, sampai sini saja entri kali ini. Doakan aku sihat seperti biasa ya! Amin. Kita pun sudah berada di penghujung bulan Ramadhan. Mesti ada yang sibuk buat persiapan raya kan? Aku doakan agar segala apa sahaja urusan korang dipermudahkan oleh-Nya, amin.

Aku nak layan lagu Green Day jap, berjudul wake me up when september ends. Jumpa di entri akan datang ya! :D

Tags: amil, bayar zakat fitrah, blogging, bonus aidilfitri, Green Day, hijrah, merdeka, satu september 2010, syawal, Wake Me Up When September Ends

This entry was posted on Wednesday, September 1st, 2010 at 2:00 pm and is filed under blogs. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Satu September 2010”

  1. Comment by: fawzan | Date: September 1st, 2010 | Time: 3:05 pm

    Moga cepat sihat..orang dengki tu pedulikan..aku pun selalu kena..jangan kita dengkikan mereka. Nanti kita jadi macam mereka…sucks..!!
    fawzan´s last [type] ..Doubtful Ramadan Buffet Hotels

  2. Comment by: Eizil | Date: September 1st, 2010 | Time: 3:24 pm

    Baru nak tanya pasal ko nyer plan tu, takper aa bro, duduk di rumah lebih baik… mesti ada seribu satu hikmah tuh… Semoga menjelang raya nanti takder demam2 dah… :D
    Eizil´s last [type] ..Di bulan September

  3. Comment by: etomyam | Date: September 1st, 2010 | Time: 4:58 pm

    wah, lama betul tak layan green day tu
    etomyam´s last [type] ..Ismail Omar Ketua Polis Negara

  4. Comment by: hanif | Date: September 1st, 2010 | Time: 8:00 pm

    wah dapat bonus…rezeki tu bro,aku tak tahu dapat ke tak..bos aku kedekut ckit…huhu
    hanif´s last [type] ..I’m Not Feeling Lucky

  5. Comment by: Hadi Rofiee | Date: September 1st, 2010 | Time: 11:05 pm

    Demam 2 dlm 1.. pasti ada hikmahnya tu.. Semoga tabah & cepat2 sihat..

    Pedulikan org dengki, penat ja fikir.. :neutral:

    Tahniah kerana bonus tu.. open house.. :mrgreen:
    Hadi Rofiee´s last [type] ..Pelik tetapi benar

  6. Comment by: Hadi Rofiee | Date: September 1st, 2010 | Time: 11:07 pm

    eh silap.. jangan pedulikan org dengki tu..

    p.s: maaf ea bro. :-) (tersasul)

  7. Comment by: suri | Date: September 2nd, 2010 | Time: 4:58 am

    kurg sht?hrap cpt smbuh..

    suri plak kali ni di landa dmam..slsama..

    untungnya dpt bonus ya heee, teman ni kje dah sthun lbh dok dapat bonus pun apatah lagi kenaiakn gaji walau seinci huhu..

  8. Comment by: Mr.Z | Date: September 2nd, 2010 | Time: 5:19 am

    rezeki bonus di bulan ramadhan tu.. hehe
    btw hope cepat sembuh ye :)
    Mr.Z´s last [type] ..Kenapa Model MacBook Terlalu Mahal

  9. Comment by: Loq | Date: September 2nd, 2010 | Time: 10:44 am

    Wow! Baik nya boss! hehe .Anyway,semoga cepat sembuh bro

  10. Comment by: Hafidz | Date: September 2nd, 2010 | Time: 4:28 pm

    to fawzan:
    Terima kasih atas doanya,, amin =)
    Yez, jangan jadi sucks!

    to Eizil:
    Ya, pasti ada seribu satu hikmah.
    Sekarang ni aku tinggal batuk2 jer, fuh~
    Terima kasih atas doanya,, amin =)

    to etomyam:
    Yeah! Green Day antara band terbaik juga~

    to hanif:
    Thanks bro.
    Aku doakan ko dapat juga ya.
    Insya’allah kalau ada rezeki tak kemana punya, amin~ =)

    to hadi Rofiee:
    Terima kasih ya doanya, amin =)
    Insya’allah kalau ada rezeki boleh juga buat open house~

    to suri:
    Terima kasih doanya, amin =)
    Doakan juga agar dapat rezeki lebih, Insya’allah.
    Amin~

    to Mr. Z:
    Rezeki untuk family ku ;)
    Terima bro atas doanya, amin~ =)

    to Loq:
    Syukur dapat boss yang memahami.
    Thanks bro atas doanya.
    Moga kita semua sihat selalu, amin~ =)
    Hafidz´s last [type] ..Satu September 2010

  11. Comment by: pawaka19 | Date: September 2nd, 2010 | Time: 4:31 pm

    relax je bro..buat jahat di balas jahat..doa org teraniaya mmg makbul

    New Entry “Saya Bodoh Kerana….? “

  12. Comment by: zezebel | Date: September 3rd, 2010 | Time: 6:31 am

    Semoga cepat sembuh ya.
    dah nak raya dah ni. Kesian karang isteri tu beraya sorang-sorang.
    zezebel´s last [type] ..Stop talking about this racist guy

  13. Comment by: adamfaiz | Date: September 3rd, 2010 | Time: 8:32 am

    hari nanti aku gerenti ko sihat..
    adamfaiz´s last [type] ..Merdeka &amp Hari Raya Buat Saudara

  14. Comment by: acapz | Date: September 3rd, 2010 | Time: 11:59 am

    de bonus ari raye?. wow. mcm best je bnyi bro. haha. ehem2. lalala. umah kt mne?. :P
    acapz´s last [type] ..Etika Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bergelar Hacker

  15. Comment by: azizan4444 | Date: September 4th, 2010 | Time: 12:36 am

    moga cepat sembuh bro…lps ni kembali aktif menulis..hehee..lame gler x dgr lagu green day tu..

  16. Comment by: khairolghani | Date: September 4th, 2010 | Time: 12:50 am

    biasa la tu..kat mana2 pun ada je org yg dengki..dah sihat ke belum?jangan sakit2,nak dekat raya dah ni..
    khairolghani´s last [type] ..Salam Hari Merdeka 2010

  17. Comment by: Hafidz | Date: September 5th, 2010 | Time: 1:53 am

    to pawaka19:
    Aku memang tengah relax bro.
    Thanks atas nasihatnya ;)

    to zezebel:
    Terima kasih atas nasihatnya ya.
    Tak sabo nak raya ni~

    to adamfaiz:
    Terima kasih doanya, amin :D

    to acapz:
    Memang best bro dapat bonus, huhu.
    Lokasi rumah rahsia bro hihi :P

    to azizan4444:
    terima kasih bro atas doanya.
    Lepas ni aku kan kembali menulis~
    Layan beb lagu greenday

    to khairolghani:
    sedang pulih dari demam bro.
    Tinggal batuk skit2 jer ni.
    Hafidz´s last [type] ..Kord Gitar – Couple Lagu Cinta Untukmu

  18. Comment by: zik | Date: September 5th, 2010 | Time: 6:03 pm

    alhamdulilah dapat bonus… :-) boleh lah buat persiapan raya nie… apa yang patut ek bro..
    zik´s last [type] ..Iklan raya 2010 kena banned!

  19. Comment by: amy | Date: September 6th, 2010 | Time: 5:51 am

    Selamat hari raya! semoga xtra happy syawal kali ni okeh!
    amy´s last [type] ..• Balik kampung •

  20. Comment by: Hafidz | Date: September 6th, 2010 | Time: 4:19 pm

    to zik:
    Terima kasih kembali bro.
    Oh, aku buat persiapan secara sedehana saja.
    Itu yang terbaek :D

    to amy:
    Selamat Hari Raya Amy~
    Yeah, sangat happy meraikan Aidilfitri ;)
    Hafidz´s last [type] ..Minggu Keempat Ramadhan

Comment Form





CommentLuv badge