Minggu Ketiga Ramadhan

Date: 29th / August / 2010 ¦ Author: Hafidz ¦ Category: blogs

Salam Ramadhan kembali semua :D

Wah, sudah memasuki minggu Ramadhan yang ketiga ya. Bagaimana Ramadhan korang semua di minggu ketiga? Ada best?

Untuk minggu ketiga ni, tak banyak aktiviti yang aku lakukan. Cuma aku ada sedikit project untuk diselesaikan. Insya’allah lepas Sambutan Hari Kemerdekaan akan selesai project @ urusan aku, amin ;) Kira aku still busy macam biasa, fuh~

Untuk hujung minggu kali ini aku berbuka puasa di rumah keluarga mertua. Kira balik kampung la, heh. Tapi tuh la dalam perjalanan menuju ke kampung jalan jammed yang teramat sangat pula. Tak pernah-pernah aku ngadap jalan jammed seteruk tuh. Nasib baik la aku dengar radio era. Ada jugak info trafik & bagi tips untuk ke laluan alternatif yang lain, huhu :D

Keesokan hari pula aku ke pasar membeli bahan-bahan untuk dijadikan juadah berbuka. Fuh~ memang berbeza betul harga barang-barang sekarang nih. Semuanya naik. Alasan biasa aku dengar dari peniaga; “Ala, biasa la nak raya barang mesti naik punya”. Kalaulah sering berlaku ketika musim perayaan, mungkin ada baiknya tak perlu ada perayaan. Tapi ianya memang MUSTAHIL bukan? 8)

Baiklah, itu saja entri minggu ketiga Ramadhan. Aku nak sambung kembali kerja @ project aku. Setel jer semua ni aku rehat @ lepas sepuas-puasnya~

Selamat semuanya & selamat berpuasa ya!

Tags: barang mahal, bazar, hijrah, keluarga mertua, makan, minggu ketiga, pasar, perayaan, peristiwa, ramadhan

This entry was posted on Sunday, August 29th, 2010 at 3:10 pm and is filed under blogs. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Minggu Ketiga Ramadhan”

  1. Comment by: Faarihin | Date: August 29th, 2010 | Time: 4:36 pm

    Sekejap aje kan bulan ramadan dah masuk ke fasa yang terakhir.. rasa sedih plak tetiba..
    Faarihin´s last [type] ..HIDUP SEORANG BLOGGER Part 2

  2. Comment by: zik | Date: August 30th, 2010 | Time: 7:23 am

    tup2 dah minggu ketiga ya…. wah siapkan project tuh ya…
    zik´s last [type] ..Mengapa sahur itu penting

  3. Comment by: syahrilhafiz | Date: August 30th, 2010 | Time: 7:39 am

    pejam celik, pejam celik..
    kejap je..
    tuh ar alhamdullilah..tahun ni rasanya penuh..huhu
    syahrilhafiz´s last [type] ..Selama ni aku syok sendiri rupanya

  4. Comment by: zezebel | Date: August 30th, 2010 | Time: 7:43 am

    Tak sedar pun dah minggu ketiga. Dah nak raya. Wuhuuuu….
    zezebel´s last [type] ..We sister look the same

  5. Comment by: Hadi Rofiee | Date: August 30th, 2010 | Time: 10:09 am

    Salam perkenalan & selamat berpuasa. (semoga tak terlambat) :-)

    pejam celik (2x), bulan Ramadhan dah hampir ke penghujung, rs sekejap ja masa b’lalu.
    Hadi Rofiee´s last [type] ..Pelik tetapi benar

  6. Comment by: Mr.Z | Date: August 30th, 2010 | Time: 10:49 am

    dah minggu ketiga ye..
    sedih ramadhan meninggalkan kita..

    memang dah muak dengan alasan tak habis2 harga naik sebab perayaan.. kopak la duit bro.. hehe
    Mr.Z´s last [type] ..Hormat-Menghormati dan Etika Dalam Berblogging

  7. Comment by: mancai | Date: August 30th, 2010 | Time: 1:22 pm

    ramadhan penuh barakah… namun sebilangan peniaga yang ambil kesempatan ish2… ish.. beringat2lah…

  8. Comment by: pawaka19 | Date: August 30th, 2010 | Time: 4:17 pm

    mmg rasa sekejap je rasa puasa tahun ni..sedihnya..

    “13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube”

  9. Comment by: wazy | Date: August 30th, 2010 | Time: 5:24 pm

    lagi seminggu je untuk menyambut bulan syawal
    wazy´s last [type] ..MV Agusta Sekali Lagi Dijual Satu Euro

  10. Comment by: arrizz | Date: August 30th, 2010 | Time: 10:38 pm

    waa dah masok minggu ke-3..alah diorang tue alasan jer..padahal nak untung..
    arrizz´s last [type] ..4 cara mudah sambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2010

  11. Comment by: aMy | Date: August 31st, 2010 | Time: 6:16 pm

    tahun ni puasa tak sempat lagi balik berbuka dengan family..sob2.seronoknye bebbuka reramai kan.
    aMy´s last [type] ..• Saya Sayang Dia – Part 1•

  12. Comment by: acapz | Date: September 1st, 2010 | Time: 12:43 pm

    dah mnggu ketiga?. aku xrasa pon. huhu. adih la. btw nk raya dah bro. yeah!. suka. haha. siapkn project tu ek. hee
    acapz´s last [type] ..Bagaimana Mencari Serials Bagi Setiap Program

  13. Comment by: suri | Date: September 1st, 2010 | Time: 12:55 pm

    pejam celik dah amsuk minggu yang ketiga..pastu tinggal 9 hari lagi..and raya pula dtg menjelma..terasa sungguh masa tu cpt berlalu ya..

  14. Comment by: Hafidz | Date: September 1st, 2010 | Time: 2:19 pm

    to Faarihin:
    Tuh la, da nak masuk fasa terakhir ramadhan ni.
    Memang rasa sedih, fuh~

    to zik:
    Alhamdulillah, projek sedang berjalan lancar~

    to syahrilhafiz:
    Syukurlah tahun penuh :D

    to zezebel:
    Yeah! mari meraikan raya~

    to Hadi Rofiee:
    Salam perkenalan bro.
    Selamat berpuasa juga.
    Yup, sekejap saja rasanya, pasni raya pula, huhu

    to Mr. Z:
    Tuh la, macam2 alasan la naik harga time2 raya ni.
    Kopak tuh takde la. Biasa lah, tu baru nama kehidupan :)

    to mancai:
    Tuh la, nak kata biasa sebenarnya LUAR BIASA.
    Senang citer janganlah makan riba’

    to pawaka19:
    Yup, yang pasti kita perlu gembira untuk raikan kemenangan para hari raya nanti~

    to arrizz:
    Yeah mencari untung dari jalan yang salah.

    to acapz:
    Yeah raya~ Yahoo!
    Syukur bro, project sedang lancar berjalan~

    to suri:
    cepat masa berlalu, tiba pula syawal.
    Mari raikan syawal!
    Hafidz´s last [type] ..Satu September 2010

Comment Form





CommentLuv badge