Malam Merdeka

Salam semua.
Pa kaba?
Wah sejak-sejak akhir-akhir ni semua stesen radio malaya da mula putarkan lagu raya la. Tak lupa juga lagu-lagu pattrotik sempena bulan kemerdekaan. Inilah yang dinamakan lagu bermusim, huhu. Aku ni jarang dengar radio. Tapi bila time “on“kan radio berkumandang lagu macam ni, layan juga~
Sambil melayan lagu merdeka ni tetiba aku mengimbau kembali zaman waktu memula first time aku kenal erti mencari rezeki @ pengalaman di tempat kerja lama pertama aku.
Time tu aku bekerja shift petang. Kebiasaannya aku habis kerja pukul 8.30 malam. Tapi ada masalah “teknikal”, aku terpaksa berkurung di office. Kebetulan pula pada waktu malam tersebut jatuhnya tarikh 30 Ogos. Dan malam itu biasanya dikenali malam merdeka. Yup, sepatutnya pada waktu itu pastinya orang-orang ke dataran untuk mengira detik jam 12 tengah malam. Kalau tak pun malam tersebut pasti ada pasukan-pasukan yang berkonvoi.
Tapi pada malam tersebut aku hanya berseorangan sahaja…
Sunyi…
Sepi…
Paling tak pun yang temankan aku hanyalah rack2 server, huhu.
Payah dan sukar juga la waktu tuh. Masa tuh zaman aku berada dibawah la. Zaman itu aku gelarkan zaman yang diuji dengan kesusahan. Waktu itu tiada apa yang istimewa pada diri aku. Dah la macam tuh, kawan-kawan aku time tuh jenis “makan kawan”. Bila ditimpa waktu sukar, kawan-kawan semuanya hilang~
Setel saja kerja di office, aku terus pulang ke rumah dengan menaiki bas. Ketika aku dalam perjalanan pulang, tepat jam 12.00 tengah malam aku masih lagi didalam bas dan aku melihat percikan bunga api dilangit di tepi tingkap bas. Aku perasaan juga sekumpulan penunggang motor yang berkonvoi. Meriahnya pada waktu itu. Tapi pada masa yang sama aku merasakan diri aku sendiri yang tidak merdeka. Masih dibelenggu kesunyian.
Satu dari kenangan silam aku tinggalkan… Fuh~
Alhamdulillah. Sekarang tidak perlu lagi untuk aku menyepi seperti dulu. Memang payah bila berada dibawah ni. Tapi berkat usaha dan kesabaran yang aku akhirnya dapat juga berada dimana aku “berada” sekarang, syukur~ Tak sabar untuk aku menunggu malam merdeka pada tahun ini. Akan aku raikannya dengan cara aku tersendiri
Fuh~ Agak melankolik juga entri kali ni, heh. Em, aku ada ingat satu pesanan dari seorang sahabat aku. Antara pesanannya:
“Bila kau berada dibawah, lihatlah orang yang berada diatas serta usahakan untuk sampai diatas, Dan bila kau berada diatas, jangan lupa lihat orang yang berada dibawah”.
Nanti aku postkan entri sempena Hari Kebangsaan @ 31 Ogos pula ya!
Em, bagaimana pula pengalaman korang semua di malam merdeka?
Tags: 1 malaysia menjana transformasi, cuti, hari kemerdekaan, kebangsaan, kembali zaman, kerja, malam merdeka, rack server, shift petang, sunyi sepi
25 Very Indie Person (V.I.P) Comment at “Malam Merdeka”
-
-
Comment by: Amirez | Date: August 26th, 2010 | Time: 1:28 am
sungguh melankolik eheh.
aku pernah kerja sampai pukul 12 tgh mlm 31 ogos.
masa tu dpt tengok percikan bunga api dari masjid wilayah persekutuan. memang indah
Amirez´s last [type] ..Wireless Broadband Mana Nak Pilih Ni -
Comment by: Mr.Z | Date: August 26th, 2010 | Time: 8:57 am
pengalaman aku time keje kat petronas selepas spm.. dah lama dah..
malam merdeka tu.. ramai budak2 konvoi, tapi tak pasti mat rempit atau budak2 biasa.. kecoh satu stesen…hehe
Mr.Z´s last [type] ..Sanggup Mengambil Risiko Kerana Ingin Kelihatan Cantik -
Comment by: pawaka19 | Date: August 26th, 2010 | Time: 12:26 pm
“Bila kau berada dibawah, lihatlah orang yang berada diatas serta usahakan untuk sampai diatas, Dan bila kau berada diatas, jangan lupa lihat orang yang berada dibawah”. like this..
pawaka19´s last [type] ..Kempen 1 Blog 1 Bendera – Nostalgiaku Merdeka Malaysia Ketika Itu -
Comment by: boy_bersahaje | Date: August 26th, 2010 | Time: 1:33 pm
kejyaan memang tidak akan datng bergolek kan. susah tu lah yg jadika kekuatn dalam diri kita
-
Comment by: Hafidz | Date: August 26th, 2010 | Time: 3:05 pm
to Eizil:
Thanks bro.
Yeah! aku akan postkan entri baru meraikan malam merdeka versi terkini, heh.to Amirez:
Fuh~ percikan bunga api dari masjid wilayah persekutuan.
Memang sangat indah bro
to Mr. Z:
Wah~ kecoh dan meriah sangat tuh kat stesen minyak petronas.
Yang pastinya musti mereka berjiwa patriotik!to pawaka19:
Thanks bro. Pesanan tuh akan aku ingat sampai bebila
to boy_bersahaje:
Yes, dari kesusahan Insya’allah akan bertukar menjadi kesenangan
Hafidz´s last [type] ..Malam Merdeka -
Comment by: suri | Date: August 26th, 2010 | Time: 3:07 pm
malam merdeka masa zaman anak dara hurm sllu duduk dgn anak2 along jer kat dlm umah dia.
ni dah ada fmly pun bgtu gak dok umh je..heee..nak bwk budak2 klr pun takut gak sb takut skitlah, anak hilang, lagipun suasan sesak klu kita nak ke dataran merdekan.. huhu..kena tunggu anak dah bsar baru ok..
-
Comment by: suri | Date: August 26th, 2010 | Time: 3:11 pm
tak suka dgn budak2 skrg yang tllu sosial..maka bermulalah gejala tak bemaruh seperti merempit, bohsia.bojan..seks luar bebas huhu..
-
Comment by: zik | Date: August 26th, 2010 | Time: 3:11 pm
malam merdeka aku lepak rumah je… tak larat la, nak jalan2… nie sesak…
zik´s last [type] ..Foot Detox Patch dan Makjun Anggun Bestari untuk dijual -
Comment by: adamfaiz | Date: August 26th, 2010 | Time: 3:16 pm
lepak ..tunggu countdown dan bunga api tunjuk dalam TV
adamfaiz´s last [type] ..T-Shirt Tu Tak Sesuai La Bang… -
Comment by: kulanz | Date: August 26th, 2010 | Time: 3:55 pm
pengalaman malam merdeka yang sudah pasti bro akan ingat..
aku jarang betul pegi mana2 kalau malam merdeka.. gerenti duduk rumah je time tu
kulanz´s last [type] ..Integrasi Voice Calling pada Google Gmail -
Comment by: etomyam | Date: August 26th, 2010 | Time: 4:23 pm
aku pun dah tak berapa ingat apa aku buat malam merdeka…layan filem bukit kepong atau sarjan hasan kot

etomyam´s last [type] ..Kakitangan Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan Sebelum 1 Syawal -
Comment by: arrizz | Date: August 26th, 2010 | Time: 5:00 pm
walaupun melankolik bunyinya bro tapi bagi aku entri ko nie memotivasikan..insyaAllah aku akan inga kata2 member ko tue..sangat berguna dalam memotivasikan diri..hehe..hmm malam merdeka ea? layan mercun budak2 kat hsotel tue jer..haha
arrizz´s last [type] ..Cara download video HD dari Youtube -
Comment by: suri | Date: August 27th, 2010 | Time: 3:38 am
bro one.layan filem sarjen hasan mmg best gak..leftenan adnan lagi suri suka
-
Comment by: zezebel | Date: August 27th, 2010 | Time: 7:26 am
Apa yang bestnya malam merdeka tu? Bunga api?
Hahahahhaha… manusia skrg dah lupa apa itu erti kemerdekaan. Malam merdeka dah jadi malam untuk berseronok, 9 bulan kemudian, maka banyak la bayi2 yang di buang di tepi jalan dan longkang.
zezebel´s last [type] ..Can you find me a lover -
Comment by: Hafidz | Date: August 27th, 2010 | Time: 6:10 pm
to suri:
Betul tuh.
Terfikir juga kadang, adakah dorang yang melakukan perbuatan ini tidak langsung berfikir kesannya?
Mungkin dari segi kawalan nafsu agak sukar dibendung.Wah~ filem Sarjan Hassan pun best juga untuk ditonton.
to zik:
Betul juga tuh.
Aku bernasib baik dari dikelilingi jalan sesak
to adamfaiz:
Bagus juga idea menonton TV.
Dapat berehat dirumah.to kulanz:
Takpa bro.
Kadang kita bila nak keluar memang ikut mood.
Kalo takde mood baik lepak dirumah saja
to etomyam:
Wah, lagi hebat bro!
Melayan filem yang berunsurkan Patriotik.to arizz:
Sesekali ada entri yang memotivasikan diri memang best juga bro.
Malam merdeka layan mercun?
Huhu, ni kira sambut hari raya skali la eh.to zezebel:
Tuh la.
Disebabkan terlalu terdedah dengan gejala negatif maka berlaku perkara yang tidak diingini.
Moga kita semua dijauhkan ya, amin.
Hafidz´s last [type] ..Malam Merdeka -
Comment by: Blinkky | Date: August 27th, 2010 | Time: 10:33 pm
Kata-kata yang patut kita fikirkan. Penuh mendalam maksudnya. =)
Blinkky´s last [type] ..Easy Photo Sharing With Yogile -
Comment by: acapz | Date: August 27th, 2010 | Time: 11:18 pm
bro z ckp tu btul. mkin bnyk budak yg mermpit de r. parti sakan. huhu. kt kl biasa r. smbut bnda len. aha. lol
acapz´s last [type] ..Menganalisis Kelakuan Malware Dengan Buster Sandbox Analyzer -
Comment by: suri | Date: August 28th, 2010 | Time: 3:06 pm
merdeka makan ramai2 sama ahli kluga best juga heee
-
Comment by: syahrilhafiz | Date: August 28th, 2010 | Time: 3:48 pm
malam merdeka tengok tv je..
kan selalu ada konsert3 tuh..
nak kua malas pulak…=)
syahrilhafiz´s last [type] ..Semuanya tentang fikir kehadapan -
Comment by: hanif | Date: August 28th, 2010 | Time: 10:54 pm
malam merdeka ni dok umah je la,..layan tenet..
hanif´s last [type] ..Buat Duit-Daftar Terus Dapat 5 Dollar -
Comment by: mancai | Date: August 30th, 2010 | Time: 1:24 pm
malam merdeka ni buat kuih raya je la gayanya aku… best entry penuh patriotik ni
-
Comment by: wazy | Date: August 30th, 2010 | Time: 5:22 pm
aku pun duk kat rumah je malam merdeka ni,huhu
-
Comment by: Hafidz | Date: August 31st, 2010 | Time: 3:58 am
to Blinkky:
Ya, amat mendalam maksudnya~to acapz:
biasa la anak muda zaman sekarang ni.
kadang memang penat nak difikirkan macam nak ubah dorang.to suri:
yeah! hari merdeka disambut bersama keluarga
to syahrilhafiz:
hehe, betul tuh bro.
ok jugak tgk tv.
ada hiburan untuk diri sendirito hanif:
layan internet tuh memamng wajib bro~to mancai:
Hehe, selamat buat kuih raya bro.
Nanti nak sket =Pto wazy:
Ok juga bro duk rumah.
janji enjoy~
Hafidz´s last [type] ..Butterfingers – Merdeka -
Comment by: Satu September 2010 « Blogs « Hafidz Life | Date: September 1st, 2010 | Time: 2:01 pm
[...] korang baca entri melankolik aku yang bertajuk “malam merdeka” seolah-olah aku plan macam nak buat sambutan malam merdeka. Kononnya la kan~ Tapi tak [...]

Tahniah bro sebab dah berada di mana kau “berada” sekarang.
Semoga kejayaan dem kejayaan akan mengisi rentetan kehidupan ko, selamat meraikannya dengan cara tersendiri nanti.
jangan lupa kongsi kat sini 
Eizil´s last [type] ..Resepi- Masakan kentang ringkas